Edisi Khas DS 3 Akhirnya Didedahkan
Penantian yang ditunggu-tunggu sudah tiba apabila DS 3 Crossback Roof Of Paris ditayangkan secara umum baru-baru ini.
Jentera serba baharu ini dijana dengan enjin diesel yang lebih menjimatkan bahan api.
Pengenalan edisi terhad ini dilihat sudah bersiap sedia menawan suku pertama tahun ini dengan versi yang telah ditetapkan harga selain dihasilkan bagi menggambarkan keindahan Paris.

Bahagian bumbungnya yang dihiasi dengan warna kelabu dilihat amat sesuai dengan lima pilihan warna jentera iaitu Pearl White Pearlescent, Bianca White, Perla Nera Black, Artense Grey, dan Pearl Crystal.
Terdapat lencana khas yang dikatakan mewakili bangunan pencakar langit seperti Menara Eiffel, Menara Montparnasse dan Sacre Coeur.

Lencana itu terletak di bahagian hadapan dan sisi kenderaan itu.Jentera ini juga dipadankan dengan gril krom dan jaluran hitam termasuk rim aloi Shanghai bersaiz 18 inci.
Menjengah bahagian dalamannya, ia menampilkan persekitaran yang cukup menyenangkan, cantik dan selesa.
Ia turut menampilkan tiga kemasan material pada bahagian tempat duduk termasuk material Perruzzi dan Nemesis Grey Silicone dimana ia dipadankan dengan jahitan berwarna Graphite Grey serta material khas Toile DS Black Basalt.

Material khas berteknologi tinggi yang dibangunkan DS Automobile turut menghiasi bahagian papan pemuka dan panel pintu.
Ia turut menawarkan pilihan tempat kerusi yang dibaluti dengan material kulit jenis Basalt Black.
Menyentuh mengenai prestasinya, jentera edisi khas ini dijana dengan enjin diesel dimana ia dipadankan dengan enjin 1,5 liter empat silinder BlueHDi.

Ini membuatkan ia mampu menghasilkan 110hp dan maksimum tork 250Nm. Enjinnya juga dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan dan pacuan roda hadapan.
Seperti biasa jentera ini juga menawarkan beberapa ciri lain seperti sensor belakang, pendingin hawa automatik, pengelap cemin depan automatik, brek keselamatan automatik, kawalan jelajah dan pengehad kelajuan.
Terdapat lima pilihan rangkaian kuasa: E-TENSE 100 peratus elektrik yang berharga €41,400 (RM195,698), manakala PureTech 100 Manual dan PureTech 130 Automatik ditawarkan pada harga €29,400 (RM139,030).
Bagi jentera BlueHDi 110 Manual dan BlueHDi 1300 Automatik pula berharga sekitar € 30,400(RM143,758).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat