Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?
Bagi peminat kereta Honda yang selama ini menantikan harga varian RS e:HEV, nampaknya penantian anda sudah berakhir!
Ini berikutan Honda Malaysia akhirnya telah mengumumkan harga varian tertinggi yang ditawarkan pada harga RM107,783.09.

Pada Disember tahun lalu, Honda cuma mendedahkan harga varian S yang ditawarkan pada harga (RM75,670), E (RM83,080) dan V pula (RM87,860).
Ini bermakna, varian tertinggi itu lebih mahal RM20,000 berbanding varian V dan juga lebih mahal RM2,000 dari City RS sedan yang berharga RM105,950.45.

Sama seperti model baharu Honda yang lain, ia menerima perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta diberikan servis percuma (kos upah sahaja) sebanyak lima kali.
Begitupun, harga varian RS e:HEV yang agak ‘keras’ itu dikatakan berbaloi.
Apakan tidak, ia menawarkan dua motor elektrik sekali gus mampu menghamburkan 106hp dan tork 253Nm.
Versi hibrid ini juga dikuasakan oleh enjin 1.5-liter Sports i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang dipadankan bersama kotak gear Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT).
Untuk makluman anda, jentera serba baharu ini mampu memecut dari 0-100 kilomete sejam (km/j) hanya dalam 9.7 saat.
Lebih menarik, kelajuan tertingginya boleh mencecah sehingga 175 km/j.
Honda mendakwa bahawa kadar penggunaan bahan api jentera ini adalah sebanyak 3.6 liter untuk setiap 100 kilometer.
Mungkin anda tertanya apa kelebihan mengenai varian tertinggi ini? Sebenarnya terdapat beberapa kelebihan jika anda memilih model tertinggi ini kerana ia menawarkan pelbagai jaminan keselamatan.
Percaya atau tidak, hanya varian RS e:HEV menerima keseluruhan rangkaian Honda Sensing seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, penunggang basikal, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, bantuan kekal lorong dan lampu tinggi automatik.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan dengan gril gloss hitam, lampu hadapan LED dan lampu kabus hadapan LED.
Ia juga hadir dengan sisipan bampar seperti peresap belakang lebar yang nyata membezakan RS ini.
Bahagian luarannya juga dilitupi dengan gentian karbon selain disertakan dengan rim 16-inci dalam kemasan dua-tona.
Tidak terkecuali, cermin sisinya dan spoiler belakang hadir dalam kemasan hitam berkilat.

Menyentuh mengenai bahagian dalamannya, kesemua tempat duduk Ultrasuede dijahit benang berwarna merah.
Malah, terdapat juga set pedal aloi, pelapik bumbung hitam, pencahayaan merah pada suis kawalan pendingin hawa, serta paparan meter separa digital dengan skrin instrumen tujuh-inci.
Difahamkan, ciri-ciri yang disebutkan tadi itu tidak akan terdapat pada kereta sedan. Selain itu, hanya varian RS pada City Hatchback ini yang menerima liang pendingin hawa belakang.
Jentera ini juga menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci selain terdapat butang penghidup enjin, kawalan suhu automatik zon tunggal, skrin sentuh lapan inci, dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Ia juga dilengkapi dengan lapan speaker dan kamera undur.

Maka, tidak hairanlah mengapa harga jentera ini diletakkan agak tinggi berbanding dengan varian lain.
Apakah pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Suku Pertama 2024: Lebih 21K Kereta Terjual
Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan kereta mencecah sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.
17-05-2024
Honda City Hatchback, Harga Tak Mahal Sangat
Honda Malaysia melancarkan Honda City Hatchback sebentar tadi.
16-05-2024
Tempahan Honda City Hatchback Facelift Kini Dibuka – Pelancaran Suku Ke-2 Tahun Ini
Honda City Hatchback yang telah diberikan kemas kini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tempahan kini dibuka.
22-04-2024
Honda City Facelift, Ada Varian Baharu
Honda melancarkan Honda City Hatchback facelift 2024 yang telah dikemaskini di Thailand, baru-baru ini.
09-02-2024
Pencuri Kereta Honda Dari Kedai Cuci Kereta Telah Digari!
Pihak polis berjaya menangkap lelaki yang didakwa telah membawa lari sebuah kereta Honda City dari kedai cuci.
24-11-2023
[PANDU UJI] Honda City Hatchback RS e:HEV: Berbaloikah Bayar Lebih Hampir RM20K Untuk Hibrid?
Pandangan jujur penulis tentang Honda City Hatchback versi hibrid, RS e:HEV.
25-09-2022
Perhatian! Honda Panggil Balik 4 Model
Honda Malaysia memanggil balik sebanyak 1,527 unit kereta yang terdiri daripada model model City, City Hatchback, HR-V serta BR-V .
21-06-2022
Honda City Hatchback Dilancar: Harga Bermula RM75,670
Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran Malaysia semalam.
07-12-2021
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat