Tengok Wayang Dalam Kereta? Tak Mustahil Dengan Teknologi Terbaharu BMW

BMW telah mempertontonkan teknologi terbaharu yang dihasilkan khas untuk kereta eksklusif, My Modes, semasa acara Consumer Electronics Show (CES) 2022.
Ahli lembaga pengurusan BMW AG, Frank Weber berkata, "Kami membangunkan pengalaman digital yang imersif. Dalam Theatre Mode, bahagian dalaman bahagian belakang berubah menjadi ruang pawagam peribadi. Terdapat paparan bersaiz 31 inci, sambungan 5G, resolusi 8K, bunyi keliling dan juga program penstriman individu, pengalaman yang belum pernah dirasai sebelum ini terhasil dan ini menetapkan standard baharu untuk sistem hiburan dalam kereta."
My Mode Theatre mengubah bahagian belakang dalam kereta kepada ruang pawagam peribadi dengan bunyi keliling dan sambungan 5G, semuanya kerana BMW Theatre Screen, sebuah paparan panorama berformat 32:9.
Pada tetapan (setting) ini, sebuah perjalanan berubah menjadi pengalaman menonton wayang bagi penumpang belakang. Sudut ini kini lengkap dengan hiburan peribadi bersaiz ultra-lebar 31 inci beresolusi 8K.
Skrin besar ini hadir dengan fungsi TV pintar yang boleh memanjang keluar daripada bahagian bumbung kereta (headliner) mengikut keinginan pengguna dengan menggunakan butang dail berputar pada bahagian tepi.
Antara muka (interface) BMW Theatre Screen boleh dikawal dengan operasi sentuhan atau pada pad sentuh yang terdapat pada pintu belakang.
BMW menggunakan Amazon Fire TV untuk menawarkan pelbagai kandungan menarik kepada pengguna. Fire TV membolehkan penumpang belakang menikmati apa sahaja kandungan yang ditawarkan dalam aplikasi popular, contohnya, filem, rancangan TV berepisod, muzik, serta menonton program-program yang telah dimuat turun semasa dalam perjalanan.
![]()
Yang menariknya, ini merupakan kenderaan pertama yang dipasangkan dengan Amazon Fire TV untuk menyokong kandungan 4K.
Walau bagaimanapun, untuk pasaran di Timur, terdapat tawaran khusus untuk pelanggan di negara China.
Tarikan sistem hiburan ini tidak terhenti di situ, BMW Group telah berkolaborasi dengan komposer muzik, Hans Zimmer untuk menghasilkan bunyi yang keluar secara automatik semasa skrin bergerak keluar daripada headliner.
Animasi grafik yang dihasilkan khas untuk My Mode Theatre juga akan terpapar pada skrin.
Dalam masa yang sama, tirai tingkap sisi dan belakang juga akan tertutup secara automatik, dan pencahayaan di bahagian belakang akan dimalapkan.
Untuk pengalaman menonton wayang yang lebih imersif, sudah semestinya aspek audio diberi penekanan. Untuk memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi, BMW menggunakan sistem audio keliling Bowers & Wilkins Diamond.

Bagi memaksimumkan keselesaan semasa menonton pula, kecondongan paparan boleh dikawal melalui menu kawalan sentuh pada sistem hiburan kereta.
Fungsi lain yang boleh dikawal dengan cara sama ialah format skrin dan kawalan tahap bunyi (volume).
Sebagai alternatif, penumpang boleh juga mengawal sistem hiburan ini melalui panel kawalan pada pemegang pintu.
Dari segi sambungan, sebagai peneraju dalam penggunaan radio mobil 5G, tidak mengejutkan sekiranya ia menawarkan sambungan 5G untuk penghantaran data.
Untuk pengetahuan pembaca, BMW iX ialah kenderaan premium pertama yang tampil dengan kebolehan sambungan 5G. Pada masa akan datang, ia turut akan ditawarkan dalam model-model lain seperti BMW i4.
Rekaan terbaharu daripada BMW ini sungguh canggih dan sememangnya unik. Setiap inci rekaan diberikan perhatian yang mendalam. Bagi yang mampu untuk memiliki BMW dengan teknologi pawagamnya dalam kereta ini nanti, tak perlulah bersusah-payah keluar untuk ke panggung wayang lagi kerana pengalaman menonton filem dalam kereta pun dah cukup hebat.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.
BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
13-03-2024
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
