ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Anjurkan Pertandingan Unik, Beri Nafas Baharu Kepada Porsche Klasik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tahun lalu, Porsche telah menganjurkan sebuah pertandingan baik pulih kereta klasik supaya kembali kepada keadaan asal seperti baru dikeluarkan daripada kilang. Pertandingan yang dianjurkan ini dinamakan Porsche Classic Restoration Competition. 

 

Sebanyak 12 buah Porsche Centre yang bertapak di Kanada mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Cabaran yang perlu dilakukan ialah untuk mengambil mana-mana model Porsche yang diklasifikasikan sebagai model klasik dibaik pulih.


Pengurus selepas jualan nasional Porsche Cars Canada, Rajat Thukral berkata, "Objektif projek ini ialah untuk mempamerkan pengetahuan tentang (model) klasik dan kebolehan untuk melakukan pemulihan oleh Porsche Centres yang terdapat di Kanada.


Model-model yang dibaik pulih dalam pertandingan ini ialah 356 Coupe, Cabriolet dan 911. Projek baik pulih ini bukan sahaja membabitkan kerja tangan tetapi peserta juga perlu mendokumenkan setiap proses dan berkongsi dengan pelbagai saluran media.

 

Pada penghujung pertandingan, semua penyertaan akan dihantar kpeada Pusat Edaran dan Alat Ganti Porsche yang terletak di Mississauga, Ontario di mana panel hakim akan membuat penilaian.

 


Kereta akan dinilai daripada pelbagai aspek seperti enjin, kotak gear, sistem ekzos, pendawaian, brek lampu dan badan. 

 

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, yang mana penilaian bagi model 356 diasingkan daripada model 911, bermakna anugerah akan diberikan bagi kedua-dua siri model.  


 

"Satu perkara yang menyeronokkan kerana ada tiga model 356 digunakan dalam pertandingan. Bukanlah kerja yang mudah untuk memulihkan kenderaan tua, dan semakin tua semakin mencabar. Sebaik anda cuba menggali (teroka), anda tidak mungkin tahu apa yang akan ditemui.  Saya kagum dengan apa yang Porsche Centres ini mampu capai," ujar Pengarah Selepas Jualan Porsche Cars Canada.


Model Polar Silver 911 Carrera yang digunakan dalam pertandingan ini pada asalnya dijual kepada Pfaff pada pertengahan tahun 1990-an dengan jarak perbatuan 200,000 km terpapar pada odometer.

 

Kereta unik lain yang telah melalui proses baik pulih ini ialah 930 Tubro yang telah dicatkan dengan warna biru Paint to Sample daripada Porsche Centre London.  


Seterusnya ialah 911 E versi hud panjang daripada tahun 1969 yang telah diberikan sentuhan baru oleh Mark Motors Porsche. Proses pembaikan kereta ini dilakukan dalam tempoh lebih daripada 2,200 jam.  

 

Akhir sekali, 911 Safari yang telah diperbaharui oleh Porsche Centre Vancouver. Model ini kini lengkap dengan lif suspensi dan juga rekaan dalaman bercorak tartan Porsche Exclusive.  

 


Porsche Centre Saskatchewan telah diberi pengiktirafan kerana usaha luar biasa mereka di samping terpilih sebagai pemenang keseluruhan dalam usaha baik pulih 356B tahun 1960. 

 

Sementara itu, untuk 911, pemenangnya ialah Porsche Centre Lauzon kerana hasil kerja menakjubkan yang dibuat ke atas 911 Targa CE (Commemorative Edition) tahun 1986. Ini merupakan sebuah 911 khas bagi meraikan pengeluaran Porsche yang telah mencapai 250,000 unit kereta pada ketika itu.


Porsche Centre North Toronto telah diberikan penghormatan atas usaha dalam kategori pemasaran dan komunikasi.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars, Marc Ouayoun menyimpulkan, "Pertandingan ini ialah cara untuk kami menunjukkan kemahiran, kualiti dan pengetahuan yang tukang dan juga juruteknik kami miliki, mereka yang telah meletakkan banyak tenaga dan semangat ke dalam projek ini.  Bila kami melihat hasilnya, kami hanya mampu berbangga dengan kemahiran luar biasa yang wujud dalam rangkaian Porsche.  Terima kasih kepada semua Porsche Centres kerana telah mencipta semula sejarah dengan kereta-kereta ini." 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.