Sempadan Darat Malaysia-Singapura Akan Dibuka
Berita baik kepada mereka yang telah divaksin sepenuhnya, anda kini boleh melakukan perjalanan dengan bebas antara Singapura dan Malaysia melalui laluan darat mulai 1 April ini.
Lebih menarik, anda tidak perlu lagi mengambil sebarang ujian Covid-19 atau menjalani kuarantin.

Ini adalah salah satu langkah yang sudah lama dinanti-nantikan oleh kedua-dua rakyat di Singapura dan Malaysia.
Susulan daripada pengumuman kedua-dua negara itu, golongan pengembara yang lengkap dengan vaksin tidak perlu lagi menjalani ujian prapelepasan atau ujian semasa ketibaan.
Selain itu, tiada lagi sebarang had laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL) .
Ini bermakna, ia kini membenarkan kira-kira 4,000 penumpang menaiki bas lorong perjalanan (VTL) yang ditetapkan pada setiap hari.
Perjanjian baharu itu turut diterima pakai kepada semua penggembara dan pengangkutan yang melintasi sempadan menerusi laluan darat termasuk bas awam.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dilihat akan memulihkan ekonomi kedua-dua negara selepas kegawatan ekonomi akibat Covid-19.
“Apabila Malaysia membuka sempadannya kepada pengembara antarabangsa bermula 1 April ini, ia akan memudahkan perjalanan merentas sempadan ke negara jiran, Singapura,” katanya.
Nampaknya kelonggaran sekatan sempadan yang dikenakan ke atas kedua-dua negara itu akan mengembalikan semula pergerakan kira-kira 415,000 orang yang melintasi Tambak Woodlands dan Tuas Second Link pada setiap hari.
Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, pembukaan semula sempadan darat merupakan satu peristiwa penting bagi perjalanan kedua-dua negara untuk hidup bersama dengan Covid-19.
Pengumuman hari ini adalah peristiwa penting dalam peralihan kita ke arah kehidupan dengan COVID-19.
"Ia mencerminkan kerjasama kukuh yang dinikmati sepanjang pandemik ini dan akan membantu kedua-dua negara muncul lebih kuat daripada krisis ini," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
