Citroen Umumkan Kehadiran C5 Aircross Facelift 2022
Citroen C5 Aircross telah diberikan sentuhan baharu bagi tahun 2022, hampir lima tahun selepas model pre-facelift diperkenalkan dengan gaya dan kelengkapan baharu.

Rekaan bahagian depan C5 Aircross kali ini telah diubah dengan bahagian lampu yang lebih menunjukkan ‘kesatuan’ berbanding versi pre-facelift yang kelihatan seperti dua bahagian berbeza. Visual fascia depan C5 Aircross telah diubah yang mana terdapat garisan putus-putus bermula dari lampu DRL yang bertemu dengan logo di bahagian tengah.



Tiang A kekal dalam kemasan berwarna hitam kontra sama seperti sebelum ini, namun perumah cermin sisi yang sebelum ini dalam warna yang sama dengan warna badan kereta kini dicat hitam. Pada bahagian bawah kereta terdapat material plastik berwarna hitam yang menampakkan kereta lebih sporty.

Bergerak ke bahagian dalam, C5 Aircross ini telah diberikan sedikit perubahan dari segi rekaan papan pemukanya, paparan infotainmen bersaiz 10 inci yang terletak di atas corong pendingin udara kini diletakkan secara memanjang, manakala pendingin udara pula kekal tersusun secara menegak seperti dulu.
Bampar belakang kekal sama namun ditambah dengan lampu kabus pada sudut bawah di bahagian tepi serta dipasangkan dengan paip ekzos yang halus.

Panel instrumen bersaiz 12.3 inci kereta dilihat sama seperti dahulu termasuklah suis togol padanya. Stereng pelbagai fungsi kereta dalam balutan kulit juga kini tampil dalam gaya baharu yang lebih unik.
Citroen masih belum lagi mendedahkan spesifikasi trenkuasa kereta, ini mungkin bermaksud enjin yang digunakan adalah sama dengan keluaran sebelum ini. Termasuklah enjin petrol dan diesel bagi negara-negara Eropah. Enjin ini telah pun mematuhi panduan emisi Euro 6.2 sejak diperkenalkan pada tahun 2018.

Enjin 3 silinder 1.2L 128 hp turbo PureTech kerta dan juga enjin 4 silinder 1.6L 178 hp ditawarkan untuk enjin petrol. Sementara itu, enjin diesel turbodiesel BlueHDI 1.6 kengan keupayaan 128 hp diberikann 128 hp. Terdapat dua pilihan transmisi iaitu manual dengan enam kelajuan, dan lapan kelajuan.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!
Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.
19-09-2023
Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri
Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.
17-08-2022
Citroen Berlingo dan SpaceTourer Kini Hanya Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Di Eropah
Citroën baru-baru ini telah mengumumkan penjualan hanya versi elektrik untuk dua model MPV iaitu Citroën ë-Berlingo dan Citroën ë-SpaceTourer
27-02-2022
Pelanggan Kereta Mikro EV Citroen Boleh Tempah Rekaan Ikut Citarasa
Citroen mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan beberapa ciri yang boleh ditempah khas.
29-11-2021
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

