Fiat Tayang Barisan Jenteranya Yang Serba Merah
Fiat telah mengumumkan kerjasama yang meluas dengan sebuah organisasi RED sekali gus mendorongnya untuk menghasilkan portfolio serba merah.
Biarpun, ia mungkin bukan pilihan terbaik untuk kereta berkelajuan tinggi namun kami menganggap versi RED baharu memang kelihatan ideal

Untuk makluman, penapis udara kabin dalam semua kenderaan FIAT dilengkapi dengan bahan biosid. Ia dikatakan mampu membasmi bakteria dengan begitu berkesan.
Pelanggan juga akan menerima Welcome Kit yang merangkumi yang termasuk dispenser yang direka khas dan penutup asas.
Namun anda kena tahu, bukan semua kereta Fiat didatangkan dengan warna merah.


Ini kerana Tipo (RED) hadir dalam beberapa pilihan warna lain seperti Gelato White, Colosseo Grey, dan Cinema Black.
Tetapi perumah cermin belakang kesemua pilihan warna ini adalah warna merah.


Bagaimanapun, Fiat 500X juga hadir dalam trim merah, disusuli dengan Panda dan Tipo.
Difahamkan, 500X akan didatangkan dengan teknologi baharu iaitu "Sanitizing Glove Box,".


Menurut Fiat, teknologi baharu itu memerlukan pemasangan lampu UV-C di dalam kotak sarung tangan berkenaan. Ia bertujuan untuk mensterilkan barangan yang terdedah kepada bakteria.
Ini termasuk telefon pintar, kunci dan item biasa lain yang muat dalam kotak terbabit.
Kerja-kerja pensterilan dikatakan hanya mengambil masa selama tiga minit. Ia akan mengeluarkan bunyi beep sebaik ia selesai melakukan sinaran elektromagnet.
Syarikat itu turut mendakwa bahawa hanya dalam satu saat dan jarak dua sentimeter, lampu UV-C mampu memusnahkan lebih 99 peratus virus dan bakteria yang ada pada permukaan objek terdedah.
Balik kepada 500X, menjengah bahagian luarannya, ia tampil dengan lencana "500" yang baharu, tertera perkataan "FIAT" baharu dan terdapat juga logo baharu di bahagian belakang.
Bagi mereka yang tidak tahu, RED merupakan organisasi yang diasaskan oleh Bono dan Bobby Shriver yang telah menyumbangkan lebih daripada $500 juta untuk memerangi penyakit AIDS.
Pada masa ini, kumpulan berkenaan turut mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.
Setiap jualan disumbangkan kepada Dana Global, dimana mereka telah berjaya mengumpulkan kira-kira $700 juta.
Susulan itu, lebih 220 juta orang telah mendapat manfaat daripada usaha murni organisasi berkenaan.
Seperti yang dijelaskan oleh (RED), dana yang dikumpul bersama rakan kongsi mereka akan disalurkan terus untuk membina sistem penjagaan kesihatan dan membantu aktiviti menyelamatkan nyawa dalam komuniti yang teruk dilanda wabak itu.
back lo
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
