Banjir Kilat Tenggelamkan KL
Ribuan kereta ditenggelami banjir manakala keadaan lalu lintas lumpuh gara-gara beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat.
Hujan lebat berterusan sejak 3 petang itu menyebabkan ribuan kereta yang diletakkan di kawasan parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ditenggelami banjir.
![]()
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan kejadian itu di laman Facebook.
Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kampung Baru, Bukit Bintang, kawasan parkir berhampiran KLCC dan Jalan Kuchai Lama, terowong berhampiran Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah Bandar Kinrara, Puchong, Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang Batu Arang, Kampung Melayu Sungai Serai Batu Arang, Kampung Gombak Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Kampung Melayu Sungai Buloh.
Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.
Malah, Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Sementara itu, beberapa gambar dan video tular tersebar di media sosial memaparkan deretan kenderaan terperangkap dalam banjir di sekitar kawasan parkir berhampiran KLCC.

Susulan itu, terowong SMART terpaksa ditutup secara sepenuhnya berikutan banjir kilat yang melanda ibu kota.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagi mereka yang terperangkap dalam banjir itu, jaga keselamatan anda bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG1916
SELANGOR
BSR6002
JOHOR
JA2967J
PULAU PINANG
PSD7806
PERAK
APJ8415
PAHANG
CFH1623
KEDAH
KGH1045
NEGERI SEMBILAN
NEK9213
KOTA KINABALU
SJT965
KUCHING
QAB2015P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Terperangkap Dalam Banjir? Ini Tips Pandu Kereta Ketika Redah Banjir
Caricarz ingin berkongsi beberapa tips dan persedian langkah betul mengharungi banjir ketika memandu.
20-12-2021
"Kalau KL Tak Selamat? Sertakan Bukti, Kajian,"- Datuk Bandar KL
Kecoh mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selama
26-08-2024
Acara KL Car Free Morning Dibatalkan Pada 5 & 12 Mac Ini
KL Car Free Morning (KLCFM) dibatalkan pada hari Ahad ini dan juga Ahad hadapan.
02-03-2023
Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk
5 sebab kenapa Kuala Lumpur bukan lagi sebuah bandar yang selamat dan ini penyelesaiannya...
30-05-2022
Berita Terkini
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat