EV Pertama Mercedes-Benz: 190 hp, Harga 278K
Buat julung kalinya,Mercedes-Benz melancarkan model kereta elektrik pertamanya, EQA 250 AMG Line ke pasaran Malaysia.
Model import sepenuhnya dari Rastatt, Jerman ini membawakan trenkuasa yang cukup mengagumkan.
-full.jpg)
Ini kerana ia dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 66.5kWh dan sebuah motor elektrik 190hp dan tork 375Nm.
Ini bermakna ia boleh bergerak sejauh 426 kilometer dengan sekali caj.
Lebih menarik, kenderaan utiliti sukan ini mampu membuat pecutan dari 0-100 kilometer sejam(km/j) dalam masa 8.9 saat dengan pecutan maksimum 160km/j.
Maka, tidak hairanlah model EV ini ditawarkan pada harga RM278,201.25.
-full.jpg)
Secara teknikalnya, model elektrik ini didatangkan dengan kabel pengecas bersama penyambung Combined Charging System (CCS).
Mungkin ramai yang sudah tertanya-tanya mengenai tempoh pengecasan jentera ini.
Untuk makluman pengecasan pantas (DC sehingga 100kW), baterinya boleh dicaj daripada 10 menjadi 80 peratus dalam masa hanya 30 minit.
Sementara itu, bagi pengecas AC 11kW pula, pengecasan penuh akan mengambil masa selama lima jam dan 45 minit.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Di sebalik cerita pengecasan, ada berita baik untuk pembeli kereta EQ.
Ini kerana sekurang-kurangnya 13 pengecas pantas DC akan dipasangkan di l lokasi pengedar strategik tahun ini.
Ini bermakna pelanggan EQ boleh menggunakannya tanpa sebarang kos sehingga penghujung 2023.
Fuhh, untung betul!
Menjengah bahagian luarannya, ia tidak saling tumpah seperti GLA tetapi ada sedikit kelainan pada grilnya.
Nampak, model elektrik terbaharu ini tidak mempunyai gril dan digantikan dengan panel radiator.
Selain itu, lampu utamanya hadir dengan kemasan berwarna biru.
-full.jpg)
Dari pandangan sisinya, ia dihiaskan dengan rim AMG bersaiz 19 inci. Bahagian dalamannya pula, ia kelihatan serba mewah.
Terdapat skrin berkembar dan sistem MBUX yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay termasuk Live Traffic Information serta komunikasi LTE untuk perkhidmatan Mercedes me connect.

Bukan itu sahaja, lampu ambiennya hadir dengan 64 warna berbeza.
Menyentuh mengenai aspek keselamatan, model ini menawarkan perlindungan ambien Akustik untuk memberi amaran kepada pejalan kaki dan penunggang basikal mengenai kehadiran kereta.
Malah, bagi memberi keyakinan kepada pembelinya,EQA hadir dengan jaminan selama empat tahun.
Bahagian baterinya pula diberi jaminan selama lapan tahun atau perbatuan sejauh 160,000km.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz EQS 450+ & 580 4MATIC Ada Fungsi OTA?
Mercedes-EQ telah mengumumkan penjualan dua model terkini keluaran mereka yang merupakan kereta saloon .
21-09-2021
Mercedes-Benz Malaysia Tawar Pelan Cas EV Bergerak – MB Platinum 5
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan pelan langganan pengecasan, MB Platinum 5, khusus untuk pengguna kenderaan elektrik (EV) EQ.
26-08-2025
Jualan Kenderaan Elektrik (EV) Mula Laris Di Malaysia, Tapi Kenapa?
Rakyat Malaysia mula menunjukkan minat untuk membeli EV.
21-04-2022
Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility
Berita baik kepada individu yang sedang mencari kenderaan elektrik (EV) pertama mereka pada tahun ini.
24-03-2022
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
