Taycan 4S Cross Turismo Lalui Laluan Mulholland Drive

Pengarah filem dan pemandu kereta lumba Porsche, Jeff Zwart tidak melepaskan peluang merasai pemanduan model sport kenderaan elektrik, Taycan 4S Cross Turismo di sekitar jalan Mulholland Drive, Amerika Syarikat.
Dibuka pada tahun 1924, ada yang mendakwa bahawa jalan ini dibina semata-mata untuk laluan rekreasi.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa ia direka khas untuk pemandu yang mahu mencuba kenderaan mereka di selekoh tajam dan menguji sistem kawalan cengkaman kenderaan.
Bermula dari papan tanda yang tertera Hollywood, laluan ini menelusuri Bukit Hollywood dan kemudian kawasan pergunungan Santa Monica.
Untuk pengetahuan anda, laluan ini sememangnya sudah terkenal dalam filem selain menjadi kawasan penginapan bagi kebanyakan bintang terkenal .
Laluan ini juga dikatakan mempunyai sejarah tersendiri kerana pernah dikaitkan dengan aktiviti perlumbaan haram.
Bagaimanapun, laluan Mulholland ini turut menyimpan kisah Porsche di California.

“Pada mulanya, laluan ini dikelilingi dengan bangunan dan kesesakan. Tetapi ia kini bersifat terbuka dan kebanyakan kenderaan sudah mula menelusui laluan ini.
‘Kereta berkelajuan tinggi (Porsche) kelihatan tidak melepaskan peluang untuk merasai setiap selekoh tajam di sini,” kata Zwart.
Bermula dari tahun 1950 hingga 1970, Mulholland menjadi satu tarikan kepada pelumba jalanan dan bagi pemandu yang mengejar pemanduan yang agak berbahaya.
Susulan itu, ia digelar sebagai Litar Lumba Mulholland iaitu Jalan Raya Amatur Terbesar.
Ia juga memiliki sejumlah selekoh tajam yang dikenali sebagai Deadman’s Curve, Grandstands dan Chicanes.
Di sebalik itu, model Porsche terutama 911 sememangnya gemar menguji ketangkasan kereta itu di laluan berkenaan sehingga ke hari ini.
Bagaimanapun, laluan ini yang dibuka untuk orang awam menyebabkan pihak polis sentiasa memantau jalan raya berkenaan kerana sering kali menjadi litar lumba.
![]()
Namun itu tidak menjadi penghalang untuk ramai melakukan pemanduan dan menguji setiap selekoh di kawasan berkenaan.
Di sepanjang laluan 80 kilometer itu, terdapat bahagian jalan yang tidak berturap sehingga 13 kilometer sekali gus menggangu sedikit pemanduan.
Pemanduan eksklusif ini dikatakan mempunyai kebenaran bagi menguji jentera elektrik pacuan empat roda, Taycan 4S Cross Turismo.

Apapun, di sebalik pemanduan jentera ini adalah Zwart yang mempunyai pengalaman dalam perlumbaan termasuk di kawasan bukit, Pikes Peak yang dipenuhi dengan batu kelikir.
Sebelum memulakan pemanduan, Zwart memilih mod Kerikil khas Cross Turismo, yang meningkatkan ketinggian perjalanan kereta yang membantu meringankan pemanduan untuk laluan yang mencabar.

“Memandu sebuah kereta elekrik di kawasan batu kelikir seolah-olah impian sudah menjadi kenyataan.
“Ia memang mempunyai kuasa yang luar biasa dan keupayaan kereta ini sebenarnya memberikan anda keseronokan untuk menerokai pemanduan mencabar,” ujarnya lagi.

Menurutnya, sungguh mengagumkan apabila dalam sebuah bandar sesak seperti Los Angeles memiliki satu laluan sepanjang 80 kilometer.



“Ia sebuah laluan yang cukup mengujakan dan akhirnya ia akan berakhir di destinasi anda,” tambahnya.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat