Pelancaran BMW 8 Series dan M8 di Amelia Island Concours d'Elegance

Tahun ini, kenderaan tercantik, eksklusif dan terpantas daripada setiap era dikumpulkan dalam acara berprestij yang dihadiri oleh peminat-peminat kereta klasik seluruh dunia, Amelia Island Concours d'Elegance.
Ketika acara berlangsung, BMW melancarkan model-model terbaharu syarikat iaitu 8 Series dan M8.
Dalam acara yang sama, turut diraikan ialah sambutan ulang tahun ke-50 BMW M GmbH dengan pameran sebanyak 50 buah kereta sport yang pernah dihasilkan sepanjang 50 tahun sejarah syarikat itu.

Ketua BMW Group Rantau America dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif BMW Amerika Selatan, Sebastian Mackensen berkata, "Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan model ini (BMW 8 Series) dalam salah satu acara automotif paling berprestij di Amerika."
M8 Series kali ini diberikan sentuhan baharu dalam pelbagai aspek. Terletak di bahagian tengah pada sudut depan kenderaan ialah gril 'kidney' BMW 'Iconic Glow' yang bercahaya.

Selain itu, model 8 silinder ini turut hadir dengan cermin sisi yang dioptimumkan dari segi aerodinamik.
Pakej M Sport kini ditawarkan sebagai ciri standard untuk kesemua varian BMW 8 Series Coupe, BMW 8 Series Convertible dan BMW 8 Series Gran Coupé.
Bergerak ke bahagian dalam, 8 Series dilengkapkan dengan tempat duduk pelbagai fungsi, stereng balutan kulit bergaya M dan banyak lagi bahagian-bahagian menarik lain yang diberikan sentuhan gaya 'M.'

Dari segi teknologi, kereta hadir dengan ciri BMW Live Cockpit Professional bersama paparan kawalan yang boleh dibesarkan saiznya kepada 12.3 inci.

Mengenai enjin, BMW M8 Competition Coupé memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan antara 11.4 – 11.0 l/100 km serta kadar emisi karbon sebanyak 260 – 251 g/km (WLTP).
BMW M8 Competition Cabriolet pula memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan antara 11.6 – 11.2 l/100 km dengan kadar emisi karbon 264 – 255 g/km (WLTP).
Seterusnya, BMW M8 Competition Gran Coupé memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan antara 11.6 – 11.2 l/100 km dengan kadar emisi karbon 264 - 256 g/km (WLTP).

Model-model dalam barisan kereta BMW M GmbH ini menggunakan enjin V8 460 kW (625 hp) yang dilengkapi teknoloogi M TwinPower Turbo.
Selain enjin yang berkuasa tinggi, bahagian luaran kereta kini diberikan kemasan berwarna baharu, rim aloi ringan M, lampu M Shadow Line, lampu depan cahaya laser BMW dan juga sistem ekzos M Sports kawalan kepak.
Bergerak ke bahagian dalam, terdapat paparan kawalan bersaiz 12.3 inci berskrin sentuh, paparan-di-kepala BMW dengan elemen khas M serta upholsteri kulit Merino/Alcantara penuh.
Selain pelancaran model baharu, seperti yang dikatakan sebelum ini, BMW Motorsport GmbH turut meraikan ulang tahunnya yang ke-50 sejak ditubuhkan pada tahun 1972.

Oleh itu, pameran khas turut diadakan yang mengumpulkan kesemua 50 buah kereta sport yang telah dihasilkan selama 50 tahun ini. Ini termasuklah model BMW M8, sebuah prototaip kereta sport berprestasi tinggi dengan enjin V12. Model ini telah dibangunkan oleh BMW M GmbH pada awal tahun 1990-an berdasarkan BMW 8 Series Coupé.

Kereta lain yang dipamerkan ialah BMW M1 1980 yang dibangunkan sebagai model bebas pertama syarikat. Seterusnya ialah BMW V12 LMR yang telah memenangi 24 Hours of Le Mans pada tahun 1999.
Model lain yang dipamerkan ialah kereta elektrik BMW iX M60 yang bakal dilancarkan di AS tidak lama lagi. Model ini memiliki penggunaan kuasa gabungan antara 24.5 - 21.9 kWh/100 km dengan kadar emisi 0 g/km (WLTP).
Pameran kereta sepanjang lima dekad ini turut membawakan koleksi kereta klasik yang dimiliki oleh ahli BMW Car Club of America dan juga BMW North Amerika.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW M GmbH, Franciscus van Meel berkata, "Amerika Syarikat ialah pasaran terbesar dunia untuk BMW M dan kami sentiasa kagum dan gembira dengan semangat dan dedikasi yang telah dilaburkan oleh peminat kepada kereta mereka sama ada baharu mahupun lama."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

