Pada Suku Akhir 2021, Jualan Kereta Terpakai Mula Meningkat
Jualan kereta terpakai di negara ini semakin meningkat apabila statistik menunjukkan kira-kira 400,000 kereta terpakai berjaya dijual setakat tahun lalu.
Malangnya, masih banyak kereta terpakai tidak mendapat penilaian yang baik disebabkan oleh banyak faktor termasuk penyenggaraan dan penjagaan kereta yang kurang baik.
“Oleh itu, pemilik kereta perlu belajar untuk menyenggara dan menjaga kenderaan mereka dengan baik serta mendapatkan maklumat daripada pengedar rasmi bagi memastikan harga jualan semula yang sewajarnya bagi kereta mereka nanti,” kata Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) Dillion Goh.
Beliau berkata demikian dalam taklimat maya Bosch AA itu disertai oleh ahli panel daripada Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) dan rakan teknologinya, ezAuto.my.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, di sebalik pemulihan ekonomi pada suku pertama 2022, pihaknya menjangka lebih banyak pelancaran model baharu.
“Ini bermakna akan lebih banyak kenderaan terpakai akan dijual kepada pasaran kereta terpakai.

“Apa yang pasti, kenderaan yang mempunyai rekod penyenggaraan yang baik dan menggunakan alat ganti bereputasi seperti Bosch, ia mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik dalam industri kereta terpakai,” katanya.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor Chong pula menyifatkan tiada mana-mana kereta yang berada dalam keadaan sempurna.
“Untuk itu, kami sentiasa menyarankan pembeli untuk menyelidik dan memeriksa kereta sebelum melakukan sebarang pembelian,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya mendapati rakyat Malaysia lebih gemar membeli dan menjual kenderaan terpakai secara dalam talian dan bukannya daripada pengedar kereta terpakai.
“Tidak kira dalam talian atau luar talian, pelanggan tidak terlepas daripada tawaran palsu.
“Jadi, kami sentiasa komited untuk melindungi kepentingan semua ahli dalam industri termasuk pengguna dan peniaga,”tambahnya.
Sehubungan itu, beliau turut melahirkan kesyukuran kerana dapat bekerjasama dengan Bosch dan ezAuto untuk menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bosch Sumbang RM50K Untuk Pembaharuan – Kanak-Kanak di Yayasan Sunbeams Home Kini Lebih Selesa
Bosch, telah menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk penambahbaikan kemudahan Yayasan Sunbeams Home.
20-04-2023
SDAS Bekerjasama dengan Bosch Untuk Tawar Penjagaan Kereta
SDAS bekerjasama dengan Bosch untuk menawarkan perkhidmatan bertaraf premium.
27-01-2022
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
