Lebih 400,000 Penggembara Dijangka Keluar Masuk Johor-Singapura
Kira-kira 400,000 rakyat Malaysia dan pengembara luar dijangka merentas negara ini dan Singapura sempena pembukaan sempadan Malaysia-Singapura yang bermula hari ini.
Jangkaan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia bersetuju untuk melaksanakan pengecualian bayaran tol selama seminggu, bermula hari ini sehingga 7 April.

Gambar Ihsan: ChannelNewsAsia
Sejak semalam tular beberapa klip video dan gambar yang menunjukkan ribuan anak Malaysia sudah beratur panjang untuk memasuki Malaysia sebelum pukul 12 malam tadi.
Deretan motosikal dan kereta turut dilihat beratur di laluan masing-masing di Tambak Johor untuk kembali ke tanah air.

Malah, ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer dan ada yang menaiki basikal.



Rata-rata rakyat Malaysia dilihat bersorak gembira dan ada yang tidak dapat menahan sebak sebaik memeluk ahli keluarga yang terpisah sejak dua tahun.
Untuk makluman anda, sempadan negara ditutup pada 18 Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.

Sejak itu, ribuan rakyat Malaysia terkandas di Singapura angkara COVID-19 yang menyaksikan pintu sempadan ditutup bagi mengelak penularan, sekali gus menghalang mereka berulang alik dari Johor seperti kebiasaan.
Bagaimanaun, pada 25 Mac lalu Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.
Pengembara yang telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat