ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Minicab EV Mitsubishi Digunakan Dalam Penyelidikan, Ini Syarikat Yang Terlibat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi Minicab-MiEV, sebuah EV dalam kelas 'kei-car' (kereta kecil) yang dijual di negara Jepun kini digunakan dalam penyelidikan oleh empat buah syarikat.

 

Menurut  Hikaru Mii,  Pengarah Bahagian Strategi Produk, PT MMKSI, salah satu tujuan kerjasama antara Mitsubishi dan keempat-empat syarikat ini adalah untuk membuktikan kemampuan yang mampu dicapai oleh kereta elektrik. 

 

Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara  PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) dan empat syarikat Indonesia bagi meneroka penggunaan dan kemampuan Mitsubishi Minicab-MiEV.



 

Salah satu syarikat terlibat, Gojek, akan menggunakan  Mitsubishi Minicab MiEV untuk diuji selama enam bulan.  Syarikat lain yang turut bekerjasama dalam penyelidikan ini ialah Pos Indonesia, Haleoya Power dan DHL Supply Chain Indonesia.


Dalam penyelidikan bersama ini, Minicab-MiEV versi 2WD dan versi empat tempat duduk digunakan.


Menurut Pengarah Presiden PT MMKSI, Naoya Nakamura, “Kerjasama untuk kajian rintis ini ialah pencapaian terkini yang menunjukkan komitmen Mitsubishi Motors untuk mempercepat pembangunan kereta elektrik di Indonesia dan juga proses ke arah kenderaan bebas emisi melalui penggunaan kenderaan elektrik bateri." 


Tambahnya lagi, "Melalui kajian ini, kami berharap dapat meneroka penggunaan kenderaan komersial elektrik Mitsubishi Motors yang lebih meluas di Indonesia."

 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF7674

SELANGOR

BSR5436

JOHOR

JA1279J

PULAU PINANG

PSD7162

PERAK

APJ7664

PAHANG

CFH1435

KEDAH

KGH286

NEGERI SEMBILAN

NEK8940

KOTA KINABALU

SJT413

KUCHING

QAB1845P

Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.