ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Prototaip LMDh Porsche Diuji Di Litar Catalunya, Sepanyol

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Prototaip LMDh keluaran Porsche Penske Motorsport telah berjaya melepasi sesi ujian pertama dengan cemerlang!


Naib Presiden Porsche Motorsport, Thomas Laudenbach menyatakan, "Kejayaan yang dicapai dalam ujian yang dijalankan di Barceloona ini merupakan satu langkah penting.  Penting untuk kami memastikan segala ciri asas prototaip LMDh berfungsi dengan baik semasa pusingan pertama kami di trek ujian Weissach. Di Sepanyol, kami telah menyaksikan keseluruhan skop pembangunan, ujian ketahanan, kerja-kerja persediaan dan yang penting sekali, pengoptimuman interaksi antara semua rakan kongsi yang terlibat dalam projek ini.  Saya rasa sangat kagum melihat kepantasan pekerja-pekerja syarikat Porsche, Penske, Michelin, Multimatic dan lain-lain yang telah datang bersama-sama sebagai satu unit."


Diuji di Litar de Catalunya berdekatan dengan metropolis Sepanyol, Barcelona, prototaip ini melalui trek yang berkepanjangan lebih 2,000 km.


"Kami menyelesaikan ujian pertama di atas litar lumba sebenar dan berjaya menggandakan jarak perbatuan yang ditempuhi Porsche LMDh kepada lebih 2,000 km.  Ini membuktikan bahawa kami telah menggunakan masa selepas ujian yang dibatalkan sebelum ini dengan baik untuk melakukan persediaan intensif. Termasuk rakan kongsi, lebih daripada 70 orang berada di litar ketika itu.  Dari sudut pandangan organisasi, ini merupakan satu lagi cabaran yang perlu dilalui.  Kami telah mencapai kemajuan yang besar bukan hanya dengan kereta ini tetapi juga dari sudut kerjasama operasi dan proses dengan Porsche Penske Motorsport.  Namun begitu, perjalanan kami masih lagi jauh sebelum sampai ke peringkat yang kami inginkan," ujar Pengarah Porsche Factory Motorsport LMDh, Urs Kuratle.


Ujian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengatur sistem, membangunkan tayar dan mengoptimumkan interaksi antara enjin Turbo V8 dan juga elemen hibrid kereta supaya memenuhi peraturan yang ditetapkan.

"Maklum balas yang diterima daripada pemandu, jurutera dan pasukan adalah positif secara konsisten. Kami adalah orang pertama yang meletakkan kenderaan LMDh melalui rentaknya dalam mod ujian. Tindakan ini memberi peluang untuk kami menyelesaikan setiap aspek kereta secara sistematik dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, dan supaya bersedia untuk mengharungi persaingan yang akan diadakan pada tahun 2023 dengan persediaan yang terbaik," kata Pengarah Urusan Porsche Penske Motorsport, Jonathan Diuguid. 



Pemandu baharu Porsche, Felipe Nasr (Brazil) dan Dane Cameron (USA) adalah antara yang telah memandu kereta prototaip 500 kW (680 PS/671 Hp).


"Saya masuk ke dalam kereta LMDh buat pertama kalinya sewaktu di Weissach. Ujian itu dilakukan secara asasnya untuk menguji fungsi kereta. Kemajuan yang telah dibuat daripada pusingan pertama di Barcelone cukup mengagumkan.  Semasa hari ujian dijalankan, kami telah menunjukkan perkembangan yang konsisten.  Setiap hari kami berjaya meningkatkan jarak perbatuan dan juga prestasi dengan ketara. Sudah tentu, perkembangan peringkat awal bukanlah sekadar untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya, pendekatan yang kami gunakan agak konservatif.  Berdasarkan apa yang telah dilalui, saya berpendapat masih banyak lagi potensi pada kereta baharu ini yang boleh ditambah baik," kata pemandu Porsche, Dane Cameron.


Pada masa ini, Porsche masih lagi sedang meneruskan program pembangunan kereta dengan menggunakan prototaip LMDh di serata Eropah dan Amerika Utara.


Kesemua penambahbaikan yang dibuat akan diselaraskan musim luruh nanti sebelum diikuti dengan perlumbaan pertama pada bulan Januari 2023 di 24 Hours of Daytona.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-11-2025
Global

10-07-2025
Global

03-07-2025
EV

06-09-2024
EV

26-07-2024
Berita Auto

24-07-2024
Kereta Baru

17-07-2024
Kereta Baru

21-06-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.