Jeep Elektrik Pertama Akan Dilancarkan Pada Tahun 2023 Ini!
Stellantis Group mencipta satu lagi pencapaian baharu dalam portfolio elektrik syarikat melalui perancangan untuk menggunakan jenama ikonik seperti Lancia dan Opel bagi menghasilkan EV khas supaya dapat menguasai lebih banyak segmen khusus.
Perancangan ini dibuat selepas pengumuman kehadiran EV Ram elektrik sepenuhnya yang akan mula ditawarkan pada tahun 2024 untuk bersaing dengan EV Ford F-150 Lightning dan Chevrolet Silverado.

Buat masa ini, syarikat sedang menguji strategi EV di Amerika Syarikat dengan trenkuasa hibrid plug-in Jeep bagi Wrangler 4xe dan Grand Cherokee 4xe.
Namun, tanpa membuang masa walau strategi EV ini masih sedang dikaji, seluruh dunia sudah tahu bahawa sebuah model SUV elektrik sepenuhnya bakal dilancarkan tahun depan, Jeep juga telah mula mendedahkan foto-foto rami pertama model terbaharu ini.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, Jeep ini memiliki bentuk badan yang kompak dengan rekaan bumbung terapung. Grilnya pula tampil dalam reka bentuk lebih moden, namun secara keseluruhannya ia tidak kelihatan begitu berbeza dengan Jeep Compass. Model ini turut menggunakan plat anti-calar berwarna satin perak, lampu depan LED halus, dan juga satu set rim aloi untuk melengkapkan pakej.
Jeep EV ini bakal menjadi salah satu pelopor dalam untuk mencapai matlamat syarikat iaitu karbon neutral menjelang tahun 2038. Tambah syarikat, menjelang tahun 2030, ia akan mengurangkan jejak karbon globalnya sehingga separuh daripada biasa dan mempunyai nisbah jualan kenderaan elektrik bateri 1:1 di Amerika Syarikat. Sebaik semuanya dilaksanakan, syarikat berharap untuk mencapai margin keuntungan dua digit berbanding hasil yang diperoleh tahun lalu.
Namun begitu, tiada spesifikasi atau maklumat tambahan diberikan berkenaan Jeep elektrik yang dinantikan ramai ini. Tetapi memandangkan ia dirancang untuk dilancarkan awal tahun depan, berkemungkinan besar, informasi akan dikeluarkan kepada orang awam tidak lama lagi.
Model terbaharu ini bakal dibina berdasarkan platform STLA Medium. Platform ini pada asalnya dirancang untuk digunakan dalam penghasilan produk-produk Alfa Romeo yang akan datang, dan ia dikatakan memiliki jarak bateri kira-kira 435 batu (700 km).
Ketua Pegawai Operasi, Carlos Tavares menjelaskan dalam pembentangan pelan strategik Stellantis, "Kualiti sedia ada yang menjadi teras kepada jenama Jeep akan dipertingkat dengan elektrifikasi: keupayaan, kebebasan terbuka, keseronokan dan gaya. Model terbaharu ini bakal ditawarkan pada separuh pertama tahun depan sebagai barisan Jeep elektrik sepenuhnya."
Stellantis memaklumkan bahawa selepas Jeep ini, van komersial Ram pula akan dikeluarkan pada tahun 2023 dan seterusnya trak tugas ringan pada tahun 2024. Pada tahun 2024 akan datang, Jeep aka mengeluarkan SUV off-road dan juga SUV untuk kegunaan keluarga.
Pengeluaran EV Dodge akan dimulakan pada penghujung tahun 2024, sebelum diikuti oleh kereta untuk kegunaan keluarga, Chrysler pada tahun 2025. Menjelang tahun 2025, kita boleh menjangkakan lebih daripada 25 kenderaan elektrik bateri secara keseluruhannya.
Dijangka akan dilancarkan juga ialah sistem bantuan pemandu bebas pandangan (eyes-off) dan bebas tangan (hands-free), STLA AutoDrive Tahap 3 untuk barisan kereta tahun 2024. Van penghantaran Waymo pula akan dilengkapi sistem Tahap 4 dan 5.
Kenderaan komersial juga merupakan salah satu bahagian penting dalam strategi global jangka panjang. Sebanyak 26 produk baharu bakal dilancarkan dan model elektrik sepenuhnya pula dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2027.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat