ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Saga Baharu, Harga Bermula Dari RM34K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton Saga generasi keempat yang hadir dengan beberapa penambahbaikan akhirnya dilancarkan di ibu pejabat Proton, Shah Alam pagi tadi.



Kereta sedan segmen-A itu menawarkan empat varian iaitu:'



Harga yang didedahkan  dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sah sehingga 30 Jun.




Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai maksud MC2 22?


Ia sebenarnya bermaksud Minor Change 2. Ini bermakna, tidaklah begitu banyak perubahan mengenai jentera baharu keluaran Proton ini.

Berikut adalah perinciannya:


Menjengah bahagian luarannya, ia kelihatan tampak berbeza. Manakan tidak, gril paten “Infinite Weave” hadir dengan logo bulat Proton yang baharu.


Ketika membelek beberapa varian yang ditawarkan di bilik pameran, rupa-rupanya Premium S hadir dengan jalur Ethereal Bow.

Ia hadir dengan kemasan berwarna merah manakala varian Standard dan Premium pula kekal dengan kemasan perak seperti sebelum ini.

Premium S juga dipadankan dengan  skirt sisi yang lebih tebal termasuk terdapat  skirt bagi bampar hadapan selain perumah cermin sisi berwarna hitam.


Lebih menarik, tayar kenderaan berkapasiti tangki minyak 40 liter ini dikatakan memiliki cengkaman yang mampu mengurangkan bunyi bising geseran jalan.


Bahagian dalaman:

Konsol tengah baharu

Panel kawalan pendingin hawa juga diberikan sentuhan baharu

Dua tombol ala Iriz/Persona dan dua butang di tengahnya.


Warna:

Snow White,

Armoured Silver

Jet Grey

Rosewood Maroon

Ruby Red


Sejarah Proton 

Sempena pelancaran Proton Saga 2022 ini, Caricarz ingin menggamit sedikit sejarah 9 Julai 1985 . 

Ia merupakan tarikh keramat buat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) kerana mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.

Tahukah anda, ia adalah hari pertama Proton Saga mula dikeluarkan, kira-kira dua tahun selepas penubuhan PROTON.


Saga

Pendek kata, jenama PROTON dan Saga tidak dapat dipisahkan. 

Seperti yang sedia maklum, PROTON merupakan  cetusan idea daripada Perdana Menteri keempat Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979 untuk menjadi pembuat kereta nasional bagi membantu meningkatkan perindustrian negara. 


Lebih menarik, pengeluaran Proton Saga pertama dibina di atas landasan Mitsubishi selepas pengeluar kereta Jepun itu bersetuju mewujudkan usaha sama dengan HICOM untuk menghasilkan kereta pertama Malaysia. 

Angka Jualan

Akhirnya, model  tersebut mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia dan pada 16 Mac 1989, ia dilancarkan pula di United Kingdom dan laris dijual di mana sasaran jualan di negara itu bagi 12 bulan berjaya dicapai hanya dalam tempoh enam bulan.

Saga dikatakan mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dalam rangkaian penawaran PROTON. 

Bagi bulan Mei 2020, Saga merupakan kereta paling laris di Malaysia dan pada bulan Jun, ia berjaya mencapai jumlah jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 70 bulan.

Begitupun, sudah menjadi lumrah, dalam setiap perniagaan ada pasang dan surutnya.

Manakan tidak, pada suku kedua tahun ini, Proton melalui bulan yang  agak mencabar walaupun syarikat berusaha untuk memulihkan kekurangan dalam pengeluaran.

Masalah Bekalan Cip

Proton juga tidak terkecuali dalam menghadapai masalah gara-gara isu bekalan cip yang terus mengehadkan bilangan unit yang dijual.

Walaupun jualan dan pegangan pasaran mengalami penurunan secara keseluruhan, model Proton masih menerajui tiga segmen di pasaran iaitu:

Proton X50

Proton X70

Proton Exora 

Ketiga-tiga model ini kekal berada di kedudukan teratas dalam segmen B-SUV, C-SUV dan C-MPV dengan jualan sebanyak 1,554 unit, 1,530 unit dan 301 unit masing-masing.


Jualan

Walau bagaimanapun, model terlaris pada bulan April ialah Proton Saga dengan 4,579 unit yang menyumbang kepada jumlah YTD sebanyak 14,028 unit dalam bulan terakhir jualannya sebelum pelancaran Proton Saga 2022. 

Sempena pelancaran Saga, Proton turut mendedahkan pihaknya berjaya menjual 1.5 juta model ikonik Saga dalam tempoh  37 tahun, yang bermaksud Saga adalah model paling popular dari jenama automotif Malaysia. 

Tahniah Proton!







Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026
Berita Auto

27-11-2025
Kereta Baru

11-11-2025
Berita Auto

28-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto

28-09-2025
Berita Auto

11-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.