ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van yang sedang membuat pusingan U.


Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, kejadian yang berlaku pada jam 2.55 petang di Lebuhraya Senai-Desaru itu membabitkan Honda HRV yang dipandu oleh seorang wanita yang berusia 29 tahun serta van Ford Econovan yang dipandu seorang warga Myanmar berusia 33 tahun.



Pemandu van tersebut dipercayai melakukan pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pemandu kereta yang bergerak dari Senai ke Desaru tidak sempat untuk mengelak.


“Pemandu van berusia 33 tahun itu yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut telah membuat pusingan U kerana hendak bergerak ke Kilometer 60 Lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.


Foto: Puan Ezatul Eirwana

 

“Akibat dari kemalangan tersebut, kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaan, manakala van mengalami kerosakan pada bahagian kiri kenderaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.


Pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan di mulut dan lebam di kedua-dua tangan, sementara anaknya yang berusia dua tahun mengalami calar di pipi, dahi dan lebam di mata sebelah kiri.


Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan. Hussin berkata, keterangan daripada pemandu van terbabit telah diambil dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59).


“Saman telah dikeluarkan ke atas pemandu van terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu,” ujarnya.


Puan Ezatul Eirwana, pemandu kereta yang menjadi mangsa kejadian ini berkongsi pengalamannya di Facebook:




Walau bagaimana berhemah sekalipun kita memandu, namun disebabkan kecuaian orang lain, orang lain yang menjadi mangsa. Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3376

SELANGOR

BSR6302

JOHOR

JA3634J

PULAU PINANG

PSD8219

PERAK

APJ8703

PAHANG

CFH1749

KEDAH

KGH1266

NEGERI SEMBILAN

NEK9358

KOTA KINABALU

SJT1146

KUCHING

QAB2079P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

07-03-2024
Berita Auto

21-09-2023
Berita Auto

27-04-2023
Berita Auto

01-02-2023
Berita Auto

04-01-2023
Global

03-01-2023
Berita Auto

16-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.