Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan
![]()
Dihasilkan hanya sebanyak 150 unit, Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh, pereka fesyen berkulit hitam pertama Louis Vuitton.
Ketua Pegawai Rekaan Mercedes-Benz Group AG, Gorden Wagener menyatakan, "Saya sangat berbangga dengan hasil kerjasama dengan Virgil. Maybach edisi terhad oleh Virgil Abloh menjadi contoh simbiosis antara rekaan inovatif dan juga mutu ketukangan terbaik."

Dihasilkan eksklusif untuk Project Maybach, bahagian luaran kereta ini disaluti dengan kombinasi dua warna unik.
Bahagian atas kenderaan diselaputi oleh warna hitam obsidian berkilat, sementara itu bahagian badan kereta yang lebih rendah pula termasuklah sudut tepi dan rim kereta dicat dalam warna coklat pasir.
Ketelitian kerja pertukangan untuk menghasilkan model ini diteruskan ke bahagian dalam kereta yang turut menggunakan dua warna berbeza.

Tempat duduk, stereng, pintu, bahagian bawah papan pemuka dan juga siling kereta dibaluti kulit nappa yang berjalur warna hitam dan juga coklat pasir.
Logo khas Mercedes-Maybach serta Virgil Abloh dapat dilihat pada konsol tengah kereta yang berwarna hitam piano, tempat letak kepala kerusi belakang dan juga pada ambang pintu.

Ciri unik yang terdapat pada edisi khas ini ialah antara muka (interface) bespoke yang ditampilkan sebagai versi lebih mewah dalam pakej teknologi Maybach MBUX.

Pelanggan turut akan diberikan sebuah kotak kayu yang dihasilkan khas. Ia dibalut dengan kulit nappa berwarna coklat pasir yang diletakkan logo Mercedes‑Maybach dan Virgil Abloh logo.
Di dalam kotak ini terdapat replika berskala 1/18 kereta edisi terhad ini, termasuklah dua kunci kereta dan sebuah cangkuk karabiner.
Penutup kereta dengan logo Mercedes‑Maybach dan Virgil Abloh turut disertakan.

S-Class edisi terhad ini ialah projek kerjasama yang ketiga antara Virgil Abloh dan Mercedes-Benz dan merupakan yang kedua untuk Mercedes-Maybach.
Pada 1 Disember 2021, Mercedes-Benz telah mempertontonkan Project Maybach, model pameran yang menjadi contoh kepada kemungkinan reka bentuk kereta elektrik yang bakal dihasilkan di masa depan.

Setahun sebelumnya, Abloh dan Wagener bersatu dalam semangat mereka untuk memberikan sentuhan baharu kepada reka bentuk mewah dan tampil dengan inovasi terkini untuk rekaan Mercedes‑Benz G‑Class melalui Project Geländewagen.
Wagener menyimpulkan, "Daripada Project Geländewagen yang menjadi penanda aras kolaborasi automotif dan fesyen untuk model ikonik G-Class kami, sehinggalah kepada Project Maybach yang telah membawa warisan Mercedes-Maybach ke masa depan, bersama-sama dengan Virgil, kami telah membuat pencapaian baharu."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.
04-12-2025
Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda
Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.
28-01-2022
Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif
Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan.
26-08-2021
Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Bettina Plangger sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia.
20-04-2023
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...
Tular video yang menunjukkan satu situasi pelik di mana sebuah kereta Honda Civic dilihat berada di atas sebuah kereta mewah Mercedes.
15-10-2022
Jentera Ini Kini Dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz
Pameran bertajuk “Close-Up: Cars, Architecture and Exhibition Design’ mengisarkan mengenai kejutan dan perkara yang mengujakan di sebalik perincian Adenauer.
24-03-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

