ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery bakal membawa masuk beberapa model dalam barisan kereta Tiggo Pro ke dalam pasaran Malaysia.

 

Sebelum ini, umum telah mengetahui bahawa OMODA 5 bakal diperkenalkan di Malaysia, namun dengan pengumuman terkini, Tiggo 8 dan 7 Pro nampaknya akan turut membawa langkah yang sama. 



Klik sini untuk melawat laman Facebook peminat Tiggo 8 Pro. 

 

Dilaporkan, Tiggo 8 ialah model yang paling cepat mencapai 500,000 unit dalam kelas SUV bersaiz sederhana dan juga SUV tujuh tempat duduk berjenama China.



Buat masa sekarang, Chery Pro terdiri daripada empat buah SUV dan sebuah sedan.

 

1. Tiggo 2 Pro

 

2. Tiggo 4 Pro

 

3. Tiggo 7 Pro

 

4. Tiggo 8 Pro

 

5. Arrizo 6 Pro




Barisan kereta dalam Pro Family telah menerima pelbagai anugerah termasuklah 'SUV Paling Teknikal' dan 'SUV Berteknologi Canggih Terbaik' untuk Tiggo 8 Pro, serta 'SUV Terlaris' dan 'Model Kereta China Paling Popular' untuk Tiggo 7 Pro.

 

Dari segi rekaan luarannya, model ini hadir dalam visual luaran yang cukup menonjol, menggunakan gril depan berlian matriks geometri yang diilhamkan daripada galaksi dan juga lampu depan LED. 



Model andalan dalam Pro Family, Tiggo 8 Pro dilengkapi tiga skrin berbeza iaitu panel instrumen 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan skrin infotainmen terapung 10.25 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto dan paparan kamera 360 darjah.

 

Sementara itu, Tiggo 7 Pro turut memiliki ciri yang serupa bersama-sama dengan fungsi pengecas telefon pintar tanpa wayar dan bukaan bonet belakang automatik. 

 

Dari segi keselamatan, model yang dibawa masuk ini dilengkapi ciri seperti enam beg udara, kawalan cengkaman kestabilan, ISOFIX, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), amaran keluar lorong (LDW), kawalan jelajah automatik, brek kecemasan automatik (AEB), pengecaman papan tanda trafik (TSC), kawalan lampu suluh tinggi pintar (IHC), pemantau titik buta (BSD), amaran pelanggaran depan (FCW) dan juga sistem override brek kecemasan (BOW).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

08-10-2026
Kereta Baru

07-10-2026
Berita Auto

13-02-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025
Berita Auto

17-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.