55,000 Kesalahan Benarkan Kenderaan Dipandu Individu Tidak Berlesen
Betapa beraninya pemilik kenderaan pada zaman sekarang!
Apa tidaknya, sebanyak 55,000 kesalahan melibatkan pemilik kenderaan membenarkan kenderaan mereka dipandu individu yang tidak memiliki lesen memandu.
Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedly Fadly Ramli.
Apa yang lebih membimbangkan kebanyakan kesalahan itu membabitkan ibu bapa yang membenarkan anak di bawah umur memandu tanpa lesen.

Kesalahan itu direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Sejak Januari 2009 hingga Mei tahun ini, JPJ merekodkan sebanyak 347,300 kesalahan membenarkan kenderaan dipandu mereka yang tidak mempunyai lesen.
“JPJ sangat kesal dengan sikap ambil mudah anggota masyarakat yang berterusan melakukan kesalahan itu tanpa memikirkan risiko serta bahaya kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.
Bagi mereka yang gemar meminjamkan kenderaan mereka kepada individu yang tidak mempunyai lesen, ingat anda boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tidak melebihi tiga bulan atau kedua-dua sekali.

Untuk info, ketiadaan lesen dalam kalangan pengguna antara 16 hingga 25 tahun menjadi punca utama kematian akibat kemalangan, sama ada motosikal atau kereta.
Gara-gara tidak tahu peraturan, kemalangan mudah berlaku ke atas mereka menyebabkan kes kematian terus meningkat.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT4503
SELANGOR
BSP1247
JOHOR
JYU5387
PULAU PINANG
PSB3271
PERAK
APG5423
PAHANG
CFG1727
KEDAH
KGF2517
NEGERI SEMBILAN
NEK524
KOTA KINABALU
SJR3174
KUCHING
QAB5344N
Terakhir Kemas Kini 14 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik
JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.
08-03-2026
Berita Terkini
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%
ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.
14-04-2026
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan
Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.
14-04-2026
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%
Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!
14-04-2026
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)
MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.
13-04-2026
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018
Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.
13-04-2026
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat