Hampir 400 Kemalangan Babitkan Teknologi Pandu-Kendiri Atau Autonomi

Hampir 400 kemalangan membabitkan sistem bantuan pemandu separa autonomi telah dilaporkan dalam jangka masa 10 bulan.
70 peratus daripada kenderaan tersebut membabitkan kereta berjenama Tesla dengan 273 kemalangan, berdasarkan laporan statistik yang didedahkan oleh pihak berkuasa keselamatan AS.
Laporan kemalangan membabitkan kenderaan separa autonomi ini dikumpulkan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) daripada Julai 2021 hingga Mei 2022. NHTSA memaklumkan bahawa laporan tersebut menyumbangkan “data yang penting untuk kajian dan pembangunan polisi bagi mempertingkat keselamatan penggunaan teknologi ini.”

Pendedahan ini menimbulkan perbahasan tentang tahap keselamatan kenderaan pandu-kendiri. Ketidakpercayaan orang ramai terhadap sistem ini jelas ditunjukkan berdasarkan undian yang pernah dilakukan oleh Pew Research Center pada tahun 2021. Hasil undian ini menunjukkan 63 peratus orang dewasa AS tidak mahu menggunakan kenderaan tanpa pemandu dan 37 peratus lagi ingin menggunakannya.

NHTSA meminta semua pengeluar kereta untuk melaporkan kemalangan yang berlaku membabitkan sistem separa automatik sekiranya ia beroperasi sehingga 30 saat sebelum kemalangan terjadi. Ini juga termasuklah insiden seperti penggunaan beg udara, pelanggaran dengan pejalan kaki atau penunggang basikal/motor, dan juga kemasukan mangsa ke hospital.
Walau bagaimanapun, laporan turut menyatakan bahawa keupayaan pengeluar untuk menerima maklumat secara langsung mengenai insiden itu adalah bergantung, kadangkala kemalangan tersebut tidak dilaporkan. Tetapi Tesla menggunakan sistem telematik canggih untuk menyalurkan informasi insiden, tidak hairan mengapa banyak kejadian pelanggaran dikesan daripada Tesla.
Kewujudan perbezaan dari segi sistem atau kemampuan kereta untuk melaporkan insiden menunjukkan bahawa data yang didedahkan tidak boleh digunakan untuk membuat anggapan umum berkenaan tahap keselamatan jenama kereta tertentu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla & Elon Musk Disaman Pemegang Saham Kerana Tidak Jujur
Tesla dan CEO syarikat, Elon Musk, telah disaman pada Isnin lalu oleh pemegang saham syarikat kerana dipercayai telah melebih-lebihkan keberkesanan dan keselamatan teknologi.
03-03-2023
UK Mungkin Benarkan Kenderaan Pandu Sendiri Di Jalan Raya Mulai 2025
Kenderaan pandu sendiri akan digunakan di Britain mulai 2025.
21-08-2022
Tesla Dituduh Kelirukan Orang Ramai Dengan Iklan Ciri Autopilot Kereta Yang Salah
California Department of Motor Vehicles (DMV) memfailkan aduan mengenai ayat pemasaran yang dipercayai 'memperdaya' orang ramai.
08-08-2022
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
