ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jaguar XF Harga Bermula RM498K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM)  memperkenalkan Jaguar XF baharu yang ditawarkan pada harga sekitar RM498,800.


Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, Jeffry Gan berkata, pihaknya berusaha untuk menawarkan kenderaan bertaraf dunia yang memenuhi keperluan dan keinginan rakyat Malaysia.

“Oleh itu, Jaguar XF dihasilkan sebagai sebuah sedan mewah bersaiz sederhana yang terbaik dalam kelasnya serta terkenal dengan prestasi luar biasanya.

“Menerusi pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran kereta mewah, kami yakin bahawa model terbaru ini pasti menarik perhatian pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Sementara itu,  Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Jaguar XF baharu ini menawarkan kemewahan yang agak moden.

“Dengan reka bentuk berinspirasi, dilengkapi teknologi terkini selain menawarkan pemanduan dinamik, kami berbesar hati untuk sekali lagi menyediakan pengalaman pemanduan kenderaan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.


Bahagian Luaran:

Gaya bentuk hadapan yang diubahsuai dengan gril baharu 

Lampu depan LED dengan ciri eksklusif ‘Double J’ 

Bampar belakang dengan rupa yang lebih moden


Bahagian Dalaman: 

Konsol tengah  lebih bergaya, bersambung ke papan pemuka

Pengecas tanpa wayar

Skrin sentuh HD kaca melengkung bersaiz 11.4 inci, ada teknologi maklumat Pivi Pro terkini. 

Skrin HD tiga kali lebih cerah,  48% lebih besar daripada model terdahulu

Ada Apple CarPlay, Android Auto


Ciri-Ciri Lain:

Ada teknologi Pembatalan Bunyi Aktif -mmengurangkan bunyi persekitaran yang didengar oleh penumpang bagi memastikan perjalanan yang lebih tenang. 

Kawalan Jelajah Adaptif - melaraskan pendikit secara automatik berdasarkan jarak dari kenderaan di hadapan

Pantau Keadaan Pemandu - memastikan pemandu mampu mengendalikan kenderaan untuk menjamin keselamatan


Menerusi tawaran harga yang bermula dari RM498,800 (dengan 10% SST tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans), Jaguar XF baharu ini boleh didapati dalam versi R-Dynamic. 

Ia dikuasakan dengan enjin 250PS Ingenium petrol empat silinder bersaiz 2.0 liter dimana ia mampu  b memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.1 saat .

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan Jaguar yang boleh dikawal menggunakan pedal penukar gear stereng untuk meningkatkan kawalan pemandu. 

Bagi yang berminat, anda digalakkan untuk membuat pesanan dengan segera. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

05-08-2025
Global
Global

21-05-2024
Kereta Baru

20-02-2024
EV

08-08-2023
Global

06-06-2023
Global

28-04-2023
Berita Auto

29-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.