- Berita
- Berita Auto
- Jika SST Disambung Enam Bulan Lagi, Kerajaan Akan Rugi RM2.5 bilion - Tengku Zafrul
Jika SST Disambung Enam Bulan Lagi, Kerajaan Akan Rugi RM2.5 bilion - Tengku Zafrul
Percaya atau tidak, kerajaan mengalami kerugian pendapatan RM4.8 bilion gara-gara melaksanakan pengecualian cukai jualan dan servis (SST) untuk pembelian kereta baharu.
Untuk info, pengecualian SST dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan Penjana, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan akibat wabak Covid.

Skim itu pada asalnya dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2020, tetapi telah dilanjutkan tiga kali, dengan tarikh tamat terbaharu ditetapkan pada 30 Jun ini
Oleh itu, Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kementerian kini sedang menjalankan kajian akibat impak rebat SST ini .

Pihaknya akan mengambil kira beberapa pilihan yang ada.
“Jumlah RM4.8 bilion yang dilepaskan ini adalah besar, dan ia boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Kami perlu membuat kajian terperinci berkenaannya. Jika kita ambil keputusan untuk menyambungnya selama tiga bulan lagi, kita akan kerugian sekurang-kurangnya RM1.2 bilion, dan jika ia disambung selama enam bulan, kita akan rugi sekitar RM2.5 bilion,” kata Zafrul kepada media di Labuan semalam.

Sementara itu, pengeluar kereta pula mendesak supaya pengecualian cukai ini diteruskan buat kali keempat memandangkan jumlah tempahan yang tidak dapat dipenuhi semakin meningkat.
Ketika ini, Industri automotif sedang berhadapan dengan masalah pengeluaran kereta untuk memenuhi permintaan gara-gara masalah semikonduktor dan alat ganti.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat