Porsche Umum Ketibaan Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition
Porsche mengumumkan ketibaan kereta sports paling istimewa, Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition yang akan berada di bilik pameran dalam tempoh terdekat ini.

Ia akan “mendarat” di bilik-bilik pameran selewat-lewatnya hujung tahun ini . Ia merupakan sebahagian daripada model untuk keluaran tahun hadapan.

Ketibaannya menandakan tradisi dan kesinambungan Porsche 911 yang bermula sejak tahun 1952 yang dibuat khusus untuk pasaran Amerika Utara.

Model baharu yang didedahkan pada Perarakan Porsche 2022 di Poconos, Pennsylvania -adalah berasaskan 911 Carrera GTS Cabriolet, selain menampilkan casis dan penjana kuasa berprestasi tinggi yang sama.

Menekankan aspek pada keseronokan pemanduan, ia tersedia secara eksklusif dengan transmisi manual tujuh kelajuan dan pacuan roda belakang.

“Ramai yang ghairah untuk memandu Porsche di Amerika Syarikat. Ada satu perkara yang istimewa untuk mengharungi jalan raya dengan keadaan bumbung terbuka, 911 menawarkan transmisi manual yang cukup sempurna.


“Ini adalah masa yang sesuai untuk menambahkan satu lagi model Amerika dalam sejarah kami jika kita menyingkap kembali sejarah 70 tahun keluaran kereta sports pertama Porsche, 356 America Roadster dan 964 America Roadster (keluaran 30 tahun lalu),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars Amerika Utara, Kjell Gruner.




INFO: 911 Carrera GTS Cabriolet America
• Guna pengecas turbo berkembar, tiga liter sebaris
• Hamburkan kuasa 353 kW (480 PS; [911-Carrera-GTS-Cabriolet]) tork 570 Nm
• Casis Porsche Active Suspension Management (PASM) yang disertakan secara standard
• PASM diturunkan 10mm
• Ada spring pada gandar belakang
• Disertakan pakej Sport Exhaust, Sport Chrono
• Stereng gandar belakang
• Brek Komposit Seramik Porsche (PCCB)
• Pemutar brek cakera diperbuat besi tuang bersaiz 408mm – 6 piston hadapan
• Pemutar brek cakera belakang bersaiz 380mm di - 4 piston belakang
• Bahagian dalaman- material kulit hitam,
• Tali pinggang disalut Guards Red
• Tachometer dial


Sentuhan Porsche Exclusive Manufaktur


Perubahan estetik yang diterapkan oleh Porsche Exclusive Manufaktur menjadikan ini sebuah kereta sport yang cukup menarik.
Warna Azureblue356 diilhamkan oleh 1953 356 America Roadster dan dikhaskan untuk kenderaan istimewa ini pada tahun model 2023.


Roda Reka Bentuk RS Spyder yang telah siap khas disiapkan dengan bahagian dalam jejari berwarna putih, dengan jalur merah di sepanjang tepi rim.

Di sepanjang pintu, pelekat putih dengan aksen Merah yang tertera perkataan 'America' manakala sebutan model di bahagian belakang menampilkan '911 Carrera' berwarna Putih dan 'GTS' dalam Guards Red.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!
Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.
09-11-2022
Porsche Hangus, Mujur Pemandu Selamat!
Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar berhampiran banguanan Kellie’s Castle, Perak.
06-10-2022
Porsche Cayenne Adalah Model Pertama Pemasangan Tempatan
Kilang pemasangan kereta sport Porsche di Kulim, Kedah
29-03-2022
Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal
Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.
22-02-2022
Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...
Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan.
17-02-2022
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Tidak Melepaskan Peluang Mengikuti Perjalanan Itu
Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars di Kanada, Marc Ouayoun mengunjungi tujuh pusat kereta Porsche yang terletak di seluruh Kanada baru-baru ini.
13-10-2021
Porsche Meraikan 50 Tahun R&D Di Weissach Dengan Pameran Inovatif
Muzium Porsche di Zuffenhausen menyambut tahun ke-50 penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Porsche.
20-09-2021
Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Baharu Di Litar Nürburgring
911 GT2 RS berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar berkepanjangan 20.8 km Nürburgring Nordschleife
17-08-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

