Sebuah SAV Terbabas Sebab Terlanggar Lopak Air
Gara-gara roda kereta terperosok dalam lopak air, nyawa melayang!
Itulah nasib malang yang berlaku ke atas seorang warga Singapura.
Ketika kejadian, mangsa menaiki kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X5 bersama tiga rakannya yang lain.
Mendiang yang duduk di tempat duduk hadapan maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas gara-gara kenderaan berkenaan melanggar lopak air.
![]()
Kejadian itu berlaku di Kilometer 398.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil, Terengganu semalam,
Mengenai nasib tiga rakannya, mujur mereka selamat walaupun ada di antara mereka patah kaki, cedera tangan, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk makluman anda, ini bukan kali pertama lokasi panas terbabit meragut nyawa gara-gara lopak air.
Pada awal tahun ini, seorang surirumah maut seleoas kereta dipandu suaminya terlanggar lopak air sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 392.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2(LPT2) berhampiran Bukit Besi, Hulu Terengganu.

Seorang kapten kapal laut juga dilaporkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya melanggar lopak air lalu terbabas di Kilometer 384, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil, pada Mei tahun lalu.
Harap pihak berkuasa mengambil tindakan sebelum meragut lagi nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat