Wartawan Gigil Pandu Phantom Series II, Sebab Mewah Sangat, Fuh Lain Macam Review
Sekumpulan wartawan dari seluruh dunia buat julung kalinya berpeluang menikmati pemanduan jentera mewah, Rolls-Royce Phantom Series II baru-baru ini.

Pemanduan yang dikenali sebagai “Phantom Rendezvous” itu diadakan di yang diadakan French Riviera, Perancis.
Kemunculan Phantom Series II, telah diumumkan secara rasmi pada pertengahan Mei lalu.

Oleh itu, para wartawan dari seluruh pelusuk dunia dijemput untuk menikmati pemanduan jentera mewah itu.
Rata-rata wartawan meluahkan keterujaan memandu kenderaan mewah itu yang dikatakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

"Seluruh badan saya menggeletar sebaik memegang sterengnya. Ini adalah peluang yang sangat jarang diperoleh. Saya tidak sangka dapat menikmati kepuasan pemanduan yang dicipta untuk golongan kelas tertinggi,'' kata seorang wartawan.


Rolls Royce memang diakui mempunyai prestij dan kemewahan yang sejak sekian lama meletakkan kenderaan itu sebagai kenderaan paling sinonim dengan individu-individu terkaya di dunia.

Ia bukan sekadar kereta. Rolls Royce adalah lambang keunggulan sebuah kenderaan yang dipenuhi nilai-nilai eksklusif, muktamad tanpa ada pesaing.

Berikut perincian Phantom Series II:
• Dipadankan dengan turbo kembar 6.75 liter, V12
• 563 hp @ 664Nm
• Siri Phantom II: NEDC digabungkan
• Pelepasan CO2: 345 g/km
• Penggunaan bahan api: 18.7 mpg / 15.1 l/100km
• Gabungan WLTP: Pelepasan CO2: 351-362 g/km;
• Penggunaan bahan api: 17.7-18.2 mpg / 15.5-16.0 l/100km
Selain pemanduan Phantom Series II, para wartawan juga dapat melihat Phantom Platino dan The Great British Phantom.
Dua Bespoke Phantom yang mengagumkan itu dipamerkan di halaman hotel Maybourne Riviera.

Phantom Platino dikatakan cukup menyerlah apatah lagi, tempat duduk hadapannya dihias dengan material kulit halus, berkualiti manakala bahagian belakang dilapisi fabrik mewah.

The Great British Phantom, pula dilihat lebih bersifat patriotik memandangkan ia dihiasi dengan warna luaran Magma Red, sama seperti bendera Perancis.


Ia didatangkan dengan roda baharu, warna luaran Magma Red, aksen krom gelap pada gril, bonet, sekeliling tingkap, pintu belakang dan paip ekzos turut ditambah sebagai pilihan atas permintaan ramai.

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
