YouTuber 15 Tahun Miliki Puluhan Kereta Mewah Tetapi Tidak Boleh Memandu

Bayangkan, sudah berpuluh kereta sport ‘tersedia’ di rumah tetapi malangnya, tidak boleh memandu. Inilah realiti seorang remaja yang berusia 15 tahun dari Amerika Syarikat yang masih belum mencapai usia dibenarkan memandu di jalan raya.
Don Donald Dougher, remaja paling kaya di negara itu menjana £20,000 (MYR 109,500.52) setiap bulan melalui video-video yang dikongsikannya di YouTube di bawah nama Donlad. Terkini, saluran YouTube tersebut memiliki hampir 600,000 pengikut dan ratusan ribu lagi di Instagram dan TikTok.
Konsep video yang diketengahkannya tidak terhad kepada satu tema sahaja tetapi termasuklah fesyen, gaya hidup, gurau senda atau prank dan kereta.
Berikut adalah antara kereta yang dimiliki Donald, remaja terkaya di Amerika Syarikat:
LaFerrari

Donald pernah berkongsi gambarnya dengan dua buah Ferrari berbeza di Instagram. Harganya? RM 5.3 juta dengan kemampuan mencapai 349.2 km/j.
Bugatti Chiron 110 Ans

Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 110 unit sahaja di seluruh dunia untuk meraikan ulang tahun Bugatti yang ke-110. Dari segi prestasi, ia mampu melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat dan mencapai sehingga 418.4 km/j. Harganya? RM 18.07 juta!
Rolls-Royce Culinan

Siapa tak kenal jenama Rolls-Royce. Kereta mewah ini satu koleksi wajib dimiliki oleh golongan elit dan sebagai seorang jutawan, Donald juga tidak ketinggalan. Rolls-Royce Cullinan yang dimilikinya ini berharga RM 1.4 juta.
Pagani Huayra Roadster

Kereta sport eksklusif ini dibina dengan tangan di Itali. Model ini jarang ditemui dan lebih jarang lagi ialah versi bukaan bumbung, Roadster. Versi Roadster inilah yang dimiliki Donald. Apa yang menambahkan keunikan Pagani Huayra Roadster milik Donald ialah warna yang digunakan iaitu ungu dan rim emas yang hanya satu-satunya bagi model ini di dunia.
Malangnya, berdasarkan hantaran yang dibuat ini, kereta tersebut telah terlibat dalam kemalangan:
Menggunakan enjin V12, ia boleh mencapai kelajuan tertinggi 338 km/j. Harganya mencecah RM 12.59 juta.
McLaren 570S

Jika dibandingkan dengan kesemua kereta yang terdapat dalam senarai ini, McLaren 570S ini adalah yang paling ‘murah’ dengan harga RM 821,253.88.
Model ini menggunakan enji V8 turbo berkembar yang boleh menghamburkan kuasa kuda mencecah 570 hp dan mencapai kelajuan tertinggi 386 km/j.
Sumber: The Sun, Instagram Donlad
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
