Dua Varian BMW 3 Series Dilancar, Harga Pun Boleh Tahan!
BMW Malaysia melancarkan dua edisi terhad BMW 3 Series, BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport yang sarat dengan pelbagai tambahan baharu sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan bertaraf premium.
Harga jualan bagi jentera BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport Edisi baharu ialah:
• Edisi BMW 320i M Sport Baharu RM262,800.00
• Edisi BMW 330i M Sport Baharu RM304,800.00
Kedua-dua varian ini dipasang di negara ini.

Bagaimnapun, harga ini termasuk Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans).
Untuk makluman anda, BMW 320i M Sport Edisi Terhad yang baharu akan hadir dengan Pakej M Sport, dimana ia dilengkapi dengan set rim aloi ringan M 18 inci dalam penggayaan dwiruji 790 M bagi menonjolkan tarikan sporty varian baharu ini.
Menyentuh bahagian dalamannya, varian tersebut juga akan didatangkan dengan stereng sport bersalut kulit selain siling kereta antrasit.

Bagi jentera BMW 330i M Sport pula, ia dilengkapi dengan bumbung kaca serta sistem bunyi keliling Harman Kardon, rim aloi ringan M 19 inci dalam penggayaan dwiruji 791 M.
Kedua-dua varian ini hadir dalam empat pilihan warna: Alpine White, Black Sapphire, Mineral Grey dan M Portimao Blue.
Lebih menarik, hiasan dalam dihiasi dengan material kulit Vernasca dengan rona hitam.
Difahamkan, pemilik kedua-dua jentera ini dapat menikmati pemilikiakn Premium seperti mana yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia.
Berikut adalah perinciannya:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja
Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.
12-06-2025
BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan perubahan untuk barisan model BMW 3 Series generasi G20 bagi tahun 2025 (2025MY).
21-01-2025
BMW 3 Series dilancarkan dekat Malaysia, 320i, 330i dan 330e M Sport harga RM283,800 - RM317,800.
New 2023 Hyundai Palisade Review | A Fine Example Of Why Size Does Matter The New Facelifted Hyundai Palisade is now available in Malaysia. Four variants offered are both 2.2 Diesel and 3.8GDI Petrol in either 7-seater or 8-seater configuration. The 2023 Hyundai Palisade is priced from RM368,888 to
03-02-2023
Guna BMW 3 Series Dengan Dashboard Yang Lama? Masa Untuk Upgrade! Lebih Besar & Canggih!
BMW Group Malaysia, pengedar rasmi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di Malaysia, telah melancarkan BMW 320i Sport terbaharu.
01-07-2021
Berita Terkini
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?
Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km
19-11-2026
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

