Hanya 13 Saman Dikeluarkan Atas Pelbagai Kesalahan
Sebelum ini, Caricarz ada menyiarkan berita bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron untuk mengesan pemandu yang menggunakan lorong kecemasan sepanjang orang ramai balik kampung pada minggu lepas.
Apa yang cukup menggembirakan ialah sikap pemandu Malaysia wajar dipuji ketika berada di atas jalan raya sepanjang musim Hari Raya Aidiladha.

Ini kerana mereka dilihat cukup bersabar sewaktu menempuh kesesakan aliran trafik untuk pulang ke ibu kota, semalam.
Apa tidaknya, PDRM cuma mengeluarkan 13 saman yang membabitkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan beberapa kesalahan lain.

Mungkin 13 pemandu yang berani memasuki lorong kecemasan di lebuh raya dan menganggap kesalahannya tidak dilihat sesiapa namun akhirnya makan diri apabila mereka disaman serta-merta.
Kesalahan itu dikesan oleh pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman yang mengadakan tinjauan dari udara bagi memantau aliran trafik di Plaza Tol Ipoh Selatan semalam.

Pemantauan semasa musim perayaan ini dilakukan bagi memantau kesesakan lebuh raya agar tindakan penyuraian aliran trafik serta mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan peraturan jalan raya dalam Op Lancar Hari Raya Aidiladha.
Dron PDRM ini boleh dikatakan agak canggih kerana gambar yang dirakam menggunakan kamera berkapasiti tinggi mampu mencerap imej 360 darjah dengan kelajuan 70 kilometer sejam.

Selain mempunyai kamera, dron ini juga mempunyai pembesar suara untuk membuat pengumuman serta ia mampu terbang selama tiga jam bagi setiap sesi penerbangan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
