Honda Malaysia Catat Peningkatan Jualan Sebanyak 60%
Semalam Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah menjual lebih daripada 39,000 unit antara Januari dan Jun 2022 lalu.
Ini bermakna, peningkatan 60 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.
Prestasi cemerlang itu membuatkan meletakkan syarikat berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan 2022 sebanyak 80,000 unit.

Pada 30 Jun lalu, Honda Malaysia menyumbang 12 peratus kepada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).
Daripada jumlah unit yang dijual pada separuh pertama 2022, Honda Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi jualan pada bulan Mac dengan lebih daripada 10,500 unit terjual.
Dari segi pretasi jualan mengikut model, Honda City adalah model terlaris apabola ia menyumbang 39 peratus kepada jumlah jualan, diikuti oleh City Hatchback dan Civic masing-masing pada 23 peratus dan 18 peratus.
Bagaimanapun Honda City, City Hatchback, Civic dan Accord adalah kereta bukan nasional nombor satu dalam segmen masing-masing mulai Januari hingga Mei 2022.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya memulakan tahun 2022 dengan penuh semangat terutama selepas pelancaran Civic pada Januari lalu.
“Jentera baharu yang dilancarkan itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam pasaran kerana didatangkan dengan ciri-ciri yang cukup menarik dan premium.
“Momentum jualan keluaran Honda dilihat semakin memberangsangkan apabila syarikat itu melancarkan HR-V baru-baru ini,” katanya.

HR-V yang dilengkapi dengan teknologi canggih mendapat sambutan luar biasa daripada pasaran.
“Penerimaan positif terhadap model Honda membantu meningkatkan prestasi jualan pada tahun ini.
“Kami melihat permintaan yang tinggi dalam tempoh sehingga akhir pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022, di mana lebih 105,000 tempahan diterima dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,” jelasnya.
Honda Malaysia menghargai sokongan kerajaan kerana melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan dikecualikan cukai jualan sehingga 31 Mac depan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

