Jangan Tinggalkan Anak Dalam Kereta Atau Berdepan Dengan Hukuman Denda, Penjara
Sudah beberapa kali pihak bomba mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak mereka berseorangan di dalam kenderaan walaupun seketika.
Nampak remeh namun tindakan itu hanya mengundang pelbagai bahaya sebenarnya!
Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terkunci di dalam sebuah kereta Honda di Taman Kesidang, Bachang, Melaka.

Semuanya berlaku gara-gara ibu kanak-kanak tersebut keluar dari kenderaan untuk mengambil barang, manakala kereta itu terkunci secara automatik menyebabkan anaknya terperangkap.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan selepas bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan.
Ini bukan kali pertama ibu bapa tinggalkan anak mereka dalam kereta.
Minggu lepas, ada seorang bayi perempuan berusia 47 hari terkunci dalam Viva
Ternyata, ia adalah perbuatan yang amat berbahaya dan tidak patut menjadi kebiasaan kita.
Tahukah anda, ia adalah satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa sekiranya didapati melakukannya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah hantaran di media sosial Facebook.
Menurut hantaran tersebut, PDRM mengingatkan bahawa kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Jika disabitkan kesalahan, akan dikenakan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
“Tiada alasan! Tiada kompromi! Kealpaan anda boleh membawa padah. Jangan sesekali kita ambil ringan,” katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat