Jualan Naik, UMWT Bakal Lancar Kereta Baharu
Jualan kereta UMW Toyota Motor (UMWT) dilihat terus meningkat apabila pada bulan lepas sahaja, ia mencatatkan jualan sebanyak 8,939 unit.
Jumlah jualan yang melibatkan 8,870 model Toyota dan 69 unit Lexus dilihat lebih tinggi berbanding bulan Mei lalu dimana ia Cuma mencatatkan jualan sebanyak 7,442 model Toyota dan 127 unit Lexus.

Untuk itu, jualan separuh tahun UMWT menyaksikan sebanyak 45,911. Ini bermakna jualan meningkat kepada 35 peratus berbanding tempoh enam bulan yang sama pada 2021 (34,111 unit).

Begitupun, di sebalik pengumuman pengecualian cukai dan jualan kereta (SST), ia dikatakan akan memberi impak pada tempoh jangka pendek.
Bagaimanapun, masalah itu boleh diatasi memandangkan ada desas-desus yang mengatakan bahawa masalah bekalan semikonduktor akan pulih pada suku kedua tahun ini.
Maka, UMWT akan melancarkan lebih banyak model baharu yang canggih dimana ia akan memberi lebih banyak pilihan menarik kepada pembeli.
“Di UMW Toyota Motor, kami bukan saja menawarkan pemilik kemodenan teknologi di hujung jari mereka bagi pemanduan lebih lancar dan selamat, kami juga berusaha kearah ‘the Extra Mile’ bagi menyempurnakan lagi pengalaman pemilikan mereka.
“Menerusi pakej-pakej pembiayaan dan insurans, perkhidmatan servis cemerlang dan bantuan tepi jalan 24/7 Toyota, kami yakin dapat menjaga keperluan pelanggan secara menyeluruh dari awal hingga akhir,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Di sebalik pengumuman jualan UMWT semakin meningkat dari bulan ke bulan, ada berita baik bagi yang menunggu ketibaan Veloz 2022.

Dikhabarkan, UMWT akan melancarkan model terbaharu itu tidak lama lagi. Namun anda sudah boleh membuat tempahan jentera ini di seluruh pengedar rasmi UMWT.
Berikut adalah perincian Veloz:
• Transmisi dan suspensi baharu
• Pecutan lebih lancar
• Kecekapan bahan api cukup baik
• Ada Toyota Safety Sense
• Infotainmen 9 inci
• Sambungan Apple CarPlay, Android Auto
• Pengecas wayarles Qi
• Harga bermula RM95K
• Ruang but 498 liter
• Brek kecemasan autonomi
• Drivetrain
• Enjin 1.5 liter
• Brek parkir elektrik
Untuk keterangan lanjut, layari https://toyota.com.my/.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6453
SELANGOR
BSR7134
JOHOR
JA5126J
PULAU PINANG
PSD9385
PERAK
APJ9590
PAHANG
CFH2063
KEDAH
KGH1744
NEGERI SEMBILAN
NEK9670
KOTA KINABALU
SJT1553
KUCHING
QAB2251P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit
LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru
21-07-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat