Kemalangan Maut, Sebab Masih Ramai Kurang Arif Kendalikan Trak Pikap
Adakah anda bersetuju kerajaan perlu mewujudkan lesen khas jika ada yang selepas ini mahu memandu trak pikap?
Ya atau tidak, itu pandangan anda sendiri!
Namun, bagi penulis kerajaan sewajarnya mewujudkan lesen khas bagi mereka yang mahu memandu jentera gergasi ini.
Bukan apa, buat masa ini sesiapa sahaja boleh memandu trak pikap. Malah, sepanjang penulis melakukan uji trak pikap juga mula sedar, rupa-rupanya pengendalian jentera ini sememangnya jauh berbeza berbanding kereta-kereta sedan.
Bukan mudah ya untuk memandu trak pikap, kerana saiz dan olengan badan yang minimal.

Apapun, buat masa ini, anda hanya perlu memiliki lesen Kelas D iaitu motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 3,500 kilogram jika mahu memandu pacuan empat roda ini.
Sejak kebelakangan ini, wartawan pula asyik mencadangkan supaya kerajaan perlu mewujudkan lesen khas untuk memandu trak selepas lima sekeluarga maut gara-gara dirempuh sebuah pacuan empat roda di di Kilometer (KM) 62 berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik baru-baru ini.
Menjawab cadangan itu:
Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi berkata, lesen memandu khas dilihat amat penting supaya pemandu trak pikap memiliki kemahiran serta teknik pengendalian kenderaan dengan cara yang betul dan selamat.
"Lesen Kelas D yang digunakan pemandu pacuan empat roda ketika ini tidak sesuai dengan cara pengendaliannya yang berbeza dengan kereta lai
"Kebanyakan mereka yang mengambil lesen memandu Kelas D akan berlatih dengan menggunakan kereta jenis Perodua Kancil atau Axia. Setelah mendapat lesen, mereka memandu pula pacuan empat roda yang mempunyai fizikal yang jauh lebih besar, tinggi serta enjin yang lebih berkuasa,” katanya kepada Kosmo.
Mengulas lanjut mengenai lesen khas, beliau berkata, kedudukan titik graviti trak pikap adalah lebih tinggi.
Keadaan itu menyebabkan ia menjadi kurang stabil berbanding kenderaan yang lebih rendah dan dekat dengan permukaan jalan.

“Apa yang lebih mengecewakan apabila ada pemilik yang tidak mengenali secara menyeluruh sifat kenderaan itu dan terus memandu laju sehingga hilang kawalan dan mudah untuk memasuki laluan bertentangan atau terbabas,” ujarnya.
Oleh itu, beliau mencadangkan supaya pemandu trak pikap perlu memiliki lesen memandu khas seperti pemandu lori dan bas iaitu Lesen Memandu Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).
Presiden Persatuan Pengguna Jalan raya Kebangsaan, Datuk Mohammad Hisham Shafie pula berpendapat mana-mana individu yang mahu memandu trak pikap juga perlu menjalani latihan atau kursus bagi meningkatkan advokasi.
Sebaliknya, apa pula pandangan anda?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8217
SELANGOR
BST4496
JOHOR
JD6023J
PULAU PINANG
PSF3276
PERAK
APL2518
PAHANG
CFH6251
KEDAH
KGH8697
NEGERI SEMBILAN
NEL6914
KOTA KINABALU
SJT9016
KUCHING
QAB5169P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat