Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Mercedes-Benz Malaysia telah mendedahkan tiga model baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) mewah untuk sub jenama Mercedes-EQ.
Pengenalan ketiga-tiga model ini bagi pasaran Malaysia menunjukkan komitmen syarikat dalam usaha menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di negara ini selaras dengan matlamat global Mercedes-Benz AG untuk memasarkan model EV sepenuhnya menjelang penghujung dekad ini.
Tiga model yang diperkenalkan ialah EQS, EQB dan EQC.
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, “Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan momentum ke arah masa depan mampan dengan pelancaran model baharu dalam barisan kereta Mercedes-EQ.
“Inisiatif elektrik kami sedang giat digerakkan. Kami komited untuk “Memimpin dengan Elektrik” melalui pendekatan menyeluruh ke arah masa hari esok yang mampan di Malaysia.”
Sementara itu, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp berkata, “Dengan EQS, kami telah menghasilkan kereta mewah generasi masa depan baharu. EQS ialah model pertama yang dibina berasaskan seni bina modular untuk kenderaan elektrik mewah dan kelas eksekutif. Model ini datang bersama-sama dengan EQB dan EQC supaya kami dapat menawarkan [lebih banyak] pilihan yang menarik bagi melengkapkan gaya hidup setiap pelanggan.”
Bagi pasaran Malaysia, EQS ditawarkan dalam satu varian iaitu 450+ yang dijual pada harga RM686,888 termasuk cukai jualan 10 peratus.
Untuk info lanjut mengenai EQS 450+ klik: Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!
Dua lagi model, iaitu EQB dan EQC bakal memasuki pasaran Malaysia mulai suku keempat tahun ini.
EQB 350 4MATIC ialah SUV kompak elektrik penuh dengan 7 tempat duduk. Model ini praktikal untuk kegunaan keluarga besar. Harganya dianggarkan RM330,000.

Model ini digerakkan oleh dua motor elektrik (satu di setiap gandar) yang dikuasakan oleh pek bateri 66.5 kWh dengan output gabungan 292hp/520Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC.

Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 160 km/j. Kereta mampu mencapai jarak perjalanan antara 388-423 km (kitaran WLTP).
Model terakhir yang diperkenalkan, EQC 400 4MATIC dianggarkan akan dijual pada harga RM390,000.

EQC 400 4MATIC digerakkan oleh dua motor elektrik (satu di setiap gandar) yang dikuasakan oleh pek bateri 80.0 kWh dengan output gabungan 408hp/760Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC.

Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Kereta mampu mencapai jarak perjalanan antara 373-437 km (kitaran WLTP).
Kesemua harga yang dinyatakan adalah termasuk cukai jualan. Pembelian mendapat manfaat daripada insentif EV kerajaan yang meliputi pengecualian import, eksais dan cukai jalan, sehingga 31 Disember 2023.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam
Sebuah gudang tamat lesen menyembunyikan 14 buah kenderaan mewah import tanpa pembeli sejak lima bulan lalu akhirnya terbongkar.
28-10-2025
Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar
Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.
19-02-2024
CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya
Tempahan Mercedes-Benz CLE Cabriolet sudah dibuka.
08-02-2024
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
