Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu
Walaupun insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah berakhir pada bulan lalu namun ia tidak menghalang Proton Holdings Bhd (PROTON) meningkatkan jualan.
Ini kerana PROTON yakin bahawa pihaknya mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 150,000 unit pada tahun ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah kepada wartawan selepas sesi lawatan eksklusif media ke kilang pemasangan enjin baharu dan berteknologi tinggi di Tanjung Malim, Perak, tadi.
Beliau berkata, jualan kenderaan PROTON dilihat masih rancak memandangkan pihaknya menawarkan produk pada harga yang agak kompetitif.
"Kerajaan telah berkorban selama dua tahun untuk tidak mengambil SST dan sekarang mungkin pihak pengeluar seperti PROTON terpaksa berkorban pula untuk mengambil tanggungjawab itu untuk memberi apa yang sepatutnya kepada rakyat dan memastikan industri automotif Malaysia terus berkembang maju,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu dalam jangka masa dua tahun lagi.
Kesemua model itu kelak berkemungkinan akan menggunakan enjin 1.5 TGDI.
Menyentuh mengenai tempahan yang diterima PROTON, beliau berkata, tempahan meningkat 300 peratus pada minggu terakhir sebelum SST berakhir.

“Sebanyak 150,000 unit tempahan telah diterima untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini dan 90,000 unit masih tertunggak berikutan belum dihantar kepada pelanggan.
"Dijangka 90,000 unit itu dapat diurus pengeluaran dan penghantarannya dalam masa dua hingga enam bulan, bergantung kepada jenis model," jelasnya.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa PROTON akan menerokai sektor kenderaan elektrik.
Terdahalu ada desas-desus mengatakan bahawa PROTON akan mula memperkenalkan dan menjual kereta dengan kuasa elektrik sepenuhnya (EV) menjelang tahun 2027.
Ia akan menjadi peneraju dalam segmen hibrid sebelum memperkenalkan EV
Apapun kita tunggu EV PROTON nanti!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat