Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan tempoh menunggu bagi beberapa model keluaran syarikat mencecah sehingga enam bulan ekoran gangguan bekalan di samping permintaan yang tinggi untuk mendapatkan manfaat daripada pengecualian cukai jualan.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp berkata, “Cabaran terbesar yang kita lihat dalam beberapa bulan akhir-akhir ini ialah keseluruhan [gangguan] rangkaian bekalan kerana sekatan pergerakan [Covid-19] Shanghai. Secara umumnya, rangkaian bekalan global terganggu dengan ketara.”
“Ini yang membuatkan kami meramalkan kereta akan tiba dengan lebih sukar dan menyebabkan kelewatan tertentu dalam proses pengeluaran,” tambahnya.
Syarikat akan terus berhubung dengan rakan pengedar supaya mereka dapat memaklumkan kepada pelanggan mengenai ketersediaan produk secepat yang mungkin.
“Kami yakin dapat memenuhi unjuran dan juga [sasaran] penyerahan yang telah kami dan rakan pengedar janjikan kepada pelanggan,” ujarnya sewaktu sidang media selepas pelancaran kenderaan elektrik (EV) pada hari Jumaat, 22 Julai.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, ekoran peningkatan inflasi dan juga jangkaan peningkatan kadar faedah daripada Bank Negara Malaysia, pertumbuhan jualan dijangkakan akan kembali normal kepada pertumbuhan satu digit mulai tahun depan dan seterusnya.
“Berdasarkan unjuran oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dari 2023 hingga 2026, anda dapat melihat peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV). Kami merasakan bahawa kami akan turut ke arah yang sama.
Baca: Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!
“Kami akan berhadapan dengan cabaran seperti peningkatan harga bahan mentah dan inflasi,” tambahnya.
Minggu lalu, syarikat pengeluar kereta Jerman ini telah memperkenalkan tiga model baharu untuk pasaran Malaysia.

Ketiga-tiga model yang dilancarkan ialah kenderaan yang dikuasakan oleh tenaga elektrik. Model tersebut ialah EQS 450+ yang berharga RM698,888, EQB 350 4MATIC pada harga RM330,000 dan EQC 400 4MATIC pada harga RM390,000. Harga adalah termasuk cukai jualan 10 peratus.
Baca: Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Menurut Sagree, permintaan terhadap ketiga-tiga EV cukup tinggi walaupun sebelum dilancarkan secara rasmi. Syarikat menjangkakan permintaan yang lebih tinggi daripada pembeli kereta pada masa akan datang.
Baca: Jualan Kenderaan Melonjak 33 Peratus Separuh Pertama Tahun Ini – MAA
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge