Tiada Lagi EV Nissan Leaf, Pengeluarannya Mungkin Dihentikan

Nissan mungkin menghentikan pengeluaran kenderaan elektrik (EV), Nissan Leaf, tidak lama lagi, lapor Automotive News pada hari Khamis.
Nissan merupakan pengeluar kereta pertama yang menawarkan sebuah model kereta elektrik pada tahun 2010 ketika mana teknologi ini masih lagi dianggap sebagai sebuah idea futuristik.
Kini penghasilan dan penjualan kereta elektrik merupakan satu persaingan yang sengit antara pengeluar-pengeluar kereta di seluruh dunia dan Leaf nampaknya gagal untuk berdiri sebaris dengan EV lain yang ditawarkan di pasaran.
Leaf tidak mampu untuk bersaing dan mengatasi kemampuan yang dimiliki oleh EV yang dikeluarkan oleh jenama-jenama seperti Toyota, Subaru, Ford, Chevrolet, Kia, Hyundai dan Tesla.
Apakah Kekurangan Nissan Leaf?

Axios melaporkan, antara kekurangan kereta elektrik keluaran besar-besaran yang pertama ini ialah jarak perjalanannya yang rendah kerana ia hanya mampu bergerak sejauh 73 batu (117.48 km) dengan sekali cas. Walaupun jarak yang boleh ditempuhi ini bertambah dari masa ke masa, Nissan tidak begitu memberikan perhatian kepada model ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada penghasilan EV baharu, Ariya. Selain itu, semasa harga minyak jatuh pada penghujung 2010-an, Leaf juga menjadi mangsa kepada perubahan permintaan pengguna yang rata-ratanya lebih tertarik kepada SUV dan pikap.
Apa Tindakan Nissan Selepas Ini?

Nissan merancang untuk menawarkan 15 kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030. EV terbaharu yang bakal dikeluarkan nanti akan “lebih disesuaikan dengan keperluan pembeli EV moden,” dipetik daripada sumber yang tidak dinyatakan.
Bila Nissan Akan Menghentikan Pengeluaran Leaf?

Sekiranya rancangan ini diteruskan, pengeluarannya akan dihentikan selepas versi facelift. Bagi keluaran 2023, Leaf tampil dengan reka bentuk luaran dan juga barisan kereta yang telah dikemas kini. Tiada sebarang perubahan diberikan kepada trenkuasa kereta kerana Leaf terus menggunakan motor elektrik 147hp dan pek bateri 40kWh secara standard. Varian lebih tinggi, SV Plus pula menggunakan motor elektrik 214hp dan pek bateri 62kWh. Leaf boleh mencapai arak perjalanan antara 149 batu (239.79 km) hingga 215 batu (346.01 km).
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM
Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.
19-06-2025
Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih
Syarikat automotif Jepun ini baru sahaja mengumumkan pelan perniagaan baharu dengan memperkenalkan lebih daripada 13 model serba baharu dan versi facelift.
28-03-2025
Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu Menjelang 2026!
Nissan menyasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang dapat dijual pada harga yang sama seperti kenderaan enjin pembakaran (ICE) menjelang tahun 2030.
26-03-2024
[FOTO] Nissan Pernah Hasilkan EV Pada Tahun 1940-an, Bergerak Sejauh 100KM!
Percaya atau tidak, kenderaan elektrik (EV) sebenarnya telah wujud berdekad lamanya.
27-02-2023
G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV
Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.
29-10-2022
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat