ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

3 Maut, Treler Hilang Kawalan – Ini Punca Kejadian...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua Axia yang bertembung dengan treler (Foto: Bomba Pahang)

Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan berlaku di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, malam tadi.

Proton Iswara yang bertembung dengan treler (Foto: Bomba Pahang)

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, kejadian pada jam 8.50 malam itu membabitkan sebuah treler, kereta Proton Iswara dan Perodua Axia. 

Kesan pelanggaran dengan treler (Foto: Bomba Pahang)

Mangsa yang maut ialah Abdul Raziz Mohdal, 40, Mohd Khairol Md Tahir, 36 dan Zairulzaimy Jambi, 18. Siasatan awal mendedahkan treler tersebut dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat. 

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta Proton Iswara dari arah Segamat dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler.

"Kemalangan itu menyebabkan treler hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Axia dan terus terjatuh ke bawah cerun di sebelah kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kemalangan ini menyebabkan 3 orang maut (Foto: Bomba Pahang)

Impak daripada pelanggaran, kelindan treler, Abdul Raziz; pemandu Proton Iswara, Mohd Khairol dan penumpang belakang Iswara, Zairulzaimy meninggal dunia di tempat kejadian.

 Foto: Bomba Pahang

"Empat mangsa lain iaitu pemandu treler, dua penumpang Iswara dan pemandu Axia yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Tips

09-12-2025
Berita Auto

22-08-2025
Berita Auto

14-06-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

07-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

15-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.