CAAM Perkenal Sistem UAS Untuk Pantau Aktiviti Dron

Perhatian kepada yang ingin membeli dron berisiko tinggi!
Apakah maksud dron berisiko tinggi? Ia sebenarnya bermaksud dron yang beratnya melebihi 300 kilogram (kg).
Selepas ini, jika anda mahu membeli dron jenis ini (berisiko tinggi), anda perlu mengemukakan kad pengenalan atau lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum menerbangkan dron terbabit.
Malah, bagi yang ingin membeli dron mengikut kategori sama ada di kedai atau secara dalam talian, mereka perlu mengemukakan kad pengenalan atau lesen yang dikeluarkan oleh CAAM.
Ini kerana CAAM akan memperkenalkan satu sistem bagi mengurus dan memantau aktiviti dron yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Trafik 'Unmanned Aircraft System' (UAS) atau 'UTM System'.
Sistem ini akan beroperasi pada November depan.
CAAM tampil dengan sistem itu memandangkan dron dilihat semakin popular dalam kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa kerana ia mampu merakam foto dan video udara dengan pantas dan berkualiti.
Untuk itu, dikhabarkan CAAM akan memberikan penerangan serta pendedahan kepada orang ramai betapa pentingnya penggunaan dron secara terkawal dan selamat.
Selepas ini, terdapat dua peringkat yang perlu dilalui oleh pengendali dron sebelum dibenarkan untuk menerbangkan gajet terbabit.

Berikut adalah perinciannya:
• Penggunaan dron perlu didaftarkan
• Perlu ada kelulusan daripada CAAM sebelum melakukan sebarang penerbangan dron
Difahamkan, tindakan itu diambil bagi memantau keselamatan, sekiranya berlaku masalah atau kesilapan yang mungkin disebabkan cuaca.
Maka, pihak CAAM boleh mengesan pemiliknya dan punca kejadian dengan kadar segera.

Bagi pembelian dron berisiko tinggi yang mungkin beratnya melebihi 300 kilogram, sekiranya terjatuh, ia boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain, maka gajet ini memerlukan lesen.
Jadi penjual perlu melihat lesen pengendalian dron dan MyKad.
"Kalau tiada lesen, mereka tidak boleh beli dan menerusi sistem berkenaan ia mungkin menyatakan dron yang ingin dibeli itu tidak sesuai kerana tidak mempunyai lesen bertauliah," kat Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Chester Voo.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

