ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Harga Axia! VOLT City EV Lancar Di Thailand, Jarak 210KM

Sofea Najmi

Kongsi melalui



EV Primus Company, pengimport dan pengedar tunggal Dongfeng Sokon Automobile (DFSK Motor) di Thailand telah melancarkan hatchback elektrik baharu, Volt City EV yang boleh mencapai jarak perjalanan sekali cas pada 210 km. 




Dua konfigurasi badan ditawarkan iaitu dua dan empat pintu dalam dua varian bagi setiap konfigurasi iaitu Classic dan Premium. Harga bermula daripada 325,000 baht (RM40,212).


PRESTASI VOLT CITY EV




Kedua-dua model, dua dan empat pintu digerakkan oleh sebuah motor elektrik, Synchronous Permanent Magnet Electric Motor. 




EV dua pintu memiliki output maksimum 40hp/90Nm dengan motor yang dikuasakan oleh bateri fosfat litium-ion 11.8 kWh. Jarak perjalanannya mencecah 165 km (NEDC). Kereta mampu mencapai kelajuan tertinggi 100 km/j dan boleh dicas penuh dalam masa 4 jam menggunakan pengecas AC 3.1 kW. 




Sementara itu, model empat pintu pula memiliki output maksimum 46hp/102Nm dengan motor yang dikuasakan oleh bateri fosfat litium-ion 16.5 kWh. Jarak perjalanannya boleh mencecah 210 km (NEDC) dan mampu mencapai kelajuan tertinggi yang sama seperti model dua pintu. Kereta boleh dicas penuh dalam masa hanya 5 jam 30 minit menggunakan pengecas AC 3.1 kW. 


CIRI LUAR DAN DALAM KERETA YANG SAMA PADA KEDUA-DUA VERSI VOLT CITY EV


Pelbagai warna ditawarkan


Terdapat beberapa ciri berbeza yang sama pada kedua-dua model, dua dan empat pintu ini, seperti yang disenaraikan di bawah:-


Spesifikasi luar yang sama:


  • Penggunaan suspensi hadapan Independent MacPherson Strut

  • Suspensi belakang Independent MacPherson Strut

  • Stereng kuasa elektrik EPS

  • Sistem pelepasan tekanan semasa membrek, Vacuum Booster

  • Sistem penukaran brek kepada tenaga elektrik, Regenerative Brek

  • Penutup Plum Blossom yang sama dengan warna kereta pada roda bersaiz 13 inci 

  • Tayar 155/65 R13

  • Cermin sisi boleh laras automatik + signal pusingan


Spesifikasi dalam kabin yang sama:


  • Penggunaan dua tona dalam kabin

  • Upholsteri kulit sintetik dua tona

  • Gear Push Button

  • Sistem penyejuk udara ringkas

  • Tingkap automatik

  • Sistem pengunci tengah

  • Meter multimedia digital

  • Dwi-skrin (skrin sentuh) bersaiz 7 inci 

  • Radio AM/FM

  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto


PAKEJ PREMIUM VOLT CITY EV

Dengan pakej PREMIUM, beberapa peningkatan ciri ditawarkan iaitu:

  • Jaminan kualiti kereta selama 5 tahun/120,000KM

  • Penyelenggaraan percuma di pusat servis selama 2 tahun

  • Pakej bantuan kecemasan dan pengecasan kecemasan luar kawasan (off-site) percuma selama setahun

  • Sokongan Call Center 24 jam

  • Insurans kelas pertama secara percuma selama 1 tahun

  • Hak pembelian Wallbox E-Volt pada harga 30,000 baht/RM3,711 (harga asal: 50,000 baht/RM6,251) 

  • Tambahan ciri: Lampu depan dan belakang LED, dwi-krin tengah 7 inci, stereng dengan butang kawalan pelbagai fungsi


KESELAMATAN VOLT CITY EV




EV ini dihadirkan dengan pelbagai ciri keselamatan penting yang sama iaitu ABS, EBD, amaran pelanggaran (pemanduan perlahan), TPMS, kamera undur, sensor parkir, beg udara depan (2), tali pinggang ELR 3 poin dan kit kecemasan.


WARNA VOLT CITY EV


Kedua-dua model ditawarkan dalam enam warna iaitu:


  • Cream Coke – warna krim dengan bumbung coklat

  • Gentle Green color – warna hijau dengan bumbung putih

  • Ruby Red color – merah dengan bumbung hitam

  • Color Peach Pink – pink dengan bumbung putih

  • Wisdom White color – putih dengan bumbung hitam

  • Color Spark Silver – perak dengan bumbung hitam

HARGA VOLT CITY EV

Harga bagi model dua pintu bermula daripada 325,000 baht (RM40,212) untuk versi Classic dan 55,000 baht (RM43,924) untuk versi Premium, manakala model empat pintu pula berharga 385,000 baht (RM47,636) bagi versi Classic dan 415,000 baht (RM51,348) untuk Premium.

Pembelian versi Classic didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun/80,000 km, sementara Premium pula dengan jangan lima tahun/120,000 km.

Sumber: Thailand Posts English

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54

THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.

08-10-2026
Global

29-08-2025
Global

29-11-2024
Global

11-10-2024
Global

31-07-2024
EV

02-10-2023
Global

08-08-2023
EV

18-05-2023

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.