Foto Intipan EV Nissan Ariya! Kelibat Di Segambut

Baru-baru ini, tersebar foto menunjukkan ‘sosok badan’ SUV elektrik, Nissan Ariya, berwarna Akatsuki Copper sedang diangkut ke sebuah lokasi. Tanda-tanda model ini akan dilancarkan di negara kita tidak lama lagi.

Nissan Ariya yang dikesan di Segambut sedang diangkut ke sebuah lokasi menggunakan treler (Foto: Paultan)
Model ini ditawarkan dalam dua versi iaitu sama ada pacuan dua roda (2WD) dengan motor tunggal atau pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor yang menggerakkan gandar belakang dan depan.


Versi 2WD dihasilkan untuk memaksimumkan jarak perjalanan dan untuk memberikan lebih penjimatan kepada pengguna. Bagi 2WD yang dikuasakan oleh bateri berkapasiti 91 kWh, ia mampu mencapai jarak perjalanan tertinggi iaitu sejauh 610 km dengan motor elektrik yang lebih berkuasa (178 kW) berbanding varian 2WD yang menggunakan bateri 66 kWh dengan motor elektrik 160 kW.

Untuk kuasa yang lebih padu, varian terbaik ialah AWD 290 kW 91 kWh yang boleh melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat.

Dari segi dimensi, Ariya berkepanjangan 4,595 mm, dengan lebar 1,850 mm dan tinggi 1,655 mm. Jarak antara rodanya pula ialah 2,775 mm.



Dari segi rekaannya, ia diberikan sentuhan futuristik atau menurut Nissan, Timeless Japanese Futurism, pendekatan reka bentuk Jepun yang tampak ringkas namun dengan ciri moden yang begitu terserlah. Di bahagian roda, ia menggunakan roda aluminium bersaiz 19 inci atau 20 inci (bergantung kepada varian) lima jejari yang sporty.
HARGA
Berikut adalah harga Nissan Ariya untuk pasaran negara Jepun:
Nissan Ariya 2WD 66 kWh – 6,600,000 yen (RM219k)
Nissan Ariya 2WD 91 kWh – 7,400,800 yen (RM245k)
Nissan Ariya e-4ORCE AWD 66 kWh – 7,200,600 yen (RM239k)
Nissan Ariya e-4ORCE AWD 91 kWh – 7,900,200 yen (RM262k)
Bagaimana pula dengan harga jualannya di negara ini? Nantikan pelancaran rasmi model ini di Malaysia.
Jangan lupa untuk ikut Facebook Dunia Kereta untuk mendapatkan berita terkini automotif.
Sumber: Paultan
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge