[FOTO] Kereta Puteri Diana, Ford Escort RS Turbo, Bakal Dilelong

Ford Escort RS Turbo 1985, kereta yang pernah digunakan oleh mendiang Puteri Diana bakal dilelong bulan ini di UK.

Model yang disenaraikan untuk dilelong oleh firma lelongan automotif, Silverstone Auctions ini merupakan Escort RS Turbo 1985 generasi ketiga dan adalah salah satu daripada 8600 model ‘Siri 1’ yang dibina Ford sebelum diserahkan ‘segar daripada kilang’ kepada Puteri Wales ini pada bulan Ogos 1985.

Pada asalnya, mendiang tertarik kepada Escort merah jenis convertible, namun sebagai kerabat diraja, penggunaan bumbung kanvas tidak memberikan privasi dan perlindungan yang diperlukan.


Sebagai alternatif, Puteri Diana memilih model ini, Escort Turbo RS.

Kereta, tiga pintu ini dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 1.6L yang memberikan output maksimum 130 hp, kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi manual lima kelajuan.

Ia mampu melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.8 saat.

Untuk mengekalkan minat Puteri Diana terhadap model ini, Ford memberikannya sentuhan istimewa iaitu dengan mewarnakan badan kereta dengan warna hitam, berbeza daripada ‘Siri 1’ lain yang dikeluarkan dalam warna putih.

Selain itu, kereta turut dilengkapkan dengan cermin pandang belakang kedua serta sebuah radio di dalam kotak simpanan (glove box) kereta untuk kegunaan pengawal peribadi mendiang.

Ford Escort RS Turbo 1985 yang menjadi kegemaran mendiang Puteri Diana ini bakal dilelong pada 27 Ogos nanti. Ia dijangka mampu memecahkan rekod lelongan kereta lain mendiang yang pernah dilelong sebelum ini, 1994 Audi 80 yang terjual pada harga £58,000 (RM313,416.84) pada Mac 2020.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA3242
SELANGOR
BSQ3758
JOHOR
JYX3419
PULAU PINANG
PSC5154
PERAK
APH6925
PAHANG
CFG6046
KEDAH
KGG2207
NEGERI SEMBILAN
NEK4927
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8502N
Terakhir Kemas Kini 28 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat