ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gadis Rentung Terperangkap Dalam Kereta Terbakar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua Kelisa yang terbakar selepas kemalangan

Seorang gadis ditemukan rentung dalam Perodua Kelisa yang dinaikinya selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori Isuzu 5 tan di Kilometer (KM) 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, Terengganu pada petang Sabtu lalu, lapor Bernama. 

Saat-saat sewaktu api sedang marak

Dalam kejadian pada jam 5.35 petang itu, mangsa yang berada di dalam kereta, ​​ Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, rentung kerana terperangkap dalam kebakaran manakala pemandunya, Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21, cedera di bahagian leher. 

Bomba berusaha memadamkan api

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin, pemandu lori tersebut turut mengalami kecederaan di bahagian leher dan dua lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu lori memberi isyarat untuk membelok ke kanan jalan dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja di Besut, ketika tiba di lokasi kejadian.

Bomba berusaha memadamkan api

"Tiba-tiba datang kereta Perodua Kelisa dari arah sama cuba memotong namun gagal lalu melanggar bahagian kanan lori menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar," katanya.

Keadaan lori yang telah dimamah api

Saksi kejadian, Abd Muhaimi Ab Halim, 34, memberitahu, orang awam yang berada di lokasi insiden berusaha untuk mengeluarkan Nurul Emylia Natasha daripada Perodua Kelisa yang mula dijilat api di bahagian hadapan, namun gagal membuka pintu pada bahagian penumpang hadapan kereta tersebut kerana api yang semakin marak. Mangsa lain pula berjaya keluar dari kereta tersebut. 

"Selepas itu, saya bersama beberapa pengguna jalan raya lain cuba menghampiri semula kereta yang sedang terbakar untuk mengeluarkan mangsa tetapi bunyi api sangat kuat dan semakin marak.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian 

"Saya cuba mendapatkan pemadam api daripada pengguna jalan raya lain namun tiada seorang pun mempunyai alat tersebut. Jadi kami hanya berserah kepada Allah dan berasa sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa," katanya.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Arwah Galas Tanggungjawab Sebagai ‘Ketua Keluarga’ Selepas Bapa Diserang Angin Ahmar

Mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan ini, Nurul Emylia Natasha Zulkifli,  merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Seorang kakak yang bertanggungjawab, arwah menjadi tempat bergantung keluarga selepas bapa tirinya hilang upaya kerana diserang penyakit angin ahmar. 

Nor Intan Liana Nordin menunjukkan foto Nurul Emylia Natasha Zulkifli kepada pemberita (Foto: Utusan/Torek Sulong)

Nor Intan Liana Nordin, 38, sepupu mangsa, memberitahu pemberita, “Arwah merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai nasi ayam di pusat bandar Pasir Puteh.”

Menurutnya, ahli keluarga mengetahui kejadian yang meragut nyawa insan yang mereka sayangi itu pada kira-kira jam 7 malam selepas dihubungi pihak polis. 

Jenazah Nurul Emylia disolatkan di Masjid Kampung Pulau Lima dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi.

Al-fatihah kepada Allahyarhamah Nurul Emylia Natasha Zulkifli, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Sumber berita: Bernama, Utusan

Sumber foto: Media Sosial/Terengganu Voice

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3376

SELANGOR

BSR6302

JOHOR

JA3634J

PULAU PINANG

PSD8219

PERAK

APJ8703

PAHANG

CFH1749

KEDAH

KGH1266

NEGERI SEMBILAN

NEK9358

KOTA KINABALU

SJT1146

KUCHING

QAB2079P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022
Berita Auto

24-11-2025
EV

01-05-2025
Berita Auto

29-04-2025
Global

22-11-2024
Berita Auto

05-08-2024
Global

13-06-2024
Kereta Baru

14-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.