ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Alat Ganti Kenderaan Naik Sehingga 60%! Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Alat ganti kereta (Foto: Neo Korea Autoparts)


Berita buruk bagi pengguna kereta, harga alat ganti kenderaan kini semakin meningkat naik, lapor The Star. 


Punca Kenaikan Harga Alat Ganti Kenderaan


Peningkatan harga barang sejak akhir-akhir ini bukanlah sesuatu perkara yang dapat dielakkan. Ekonomi dunia berhadapan dengan cabaran yang hebat selepas virus dahsyat yang melanda dunia, pandemik Covid-19. Cabaran tidak terhenti di situ, sektor ekonomi diuji lagi dengan kemelut Rusia-Ukraine dan peperangan perdagangan AS-China. 


Presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo, berkata negara-negara Eropah sedang menghadapi krisis tenaga selepas Rusia menggantung penghantaran bekalan ke benua tersebut berikutan sekatan Kesatuan Eropah. Tanpa tenaga, kilang tidak dapat beroperasi. 


Dasar sifar-Covid negara China memberi kesan besar kepada ekonomi dunia (Foto: Reuters)


Selain itu, dasar “sifar-Covid” China yang bertujuan menghapuskan semua wabak melalui larangan pergerakan yang tegas turut menggangu pengeluaran alat ganti kenderaan terutamanya untuk kenderaan keluaran negara Jepun dan Korea Selatan. 


Kia merupakan salah satu jenama keluara Korea Selatan (Foto: NBC News)


“Kebanyakan komponen kereta yang dibuat di Jepun dan Korea Selatan dihasilkan dari negara China, oleh itu, dasar ini memberi kesan kepada bekalan. Bukan itu sahaja, harga minyak enjin dan tayar juga meningkat disebabkan situasi global ini,” ujar Lim. 


Kadar Kenaikan Harga


Lim menjelaskan, harga alat ganti kereta meningkat sehingga 25%. Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia, Mohd Karim A. Rahman pula berkata, kenaikan harga boleh mencecah 60%, bergantung kepada komponen yang perlu ditukarkan.


Tambahnya, selain alat ganti, harga tayar, minyak enjin dan minyak pelincir juga naik sehingga 10% ke 15%.




“Harga minyak pelincir biasanya naik hanya 2% ke 3% setiap dua ke tiga tahun, namun harganya naik dua kali ganda tahun ini,” jelasnya. 


Sebaikan kenaikan harga ini, mekanik perlu berbincang dengan pelanggan terlebih dahulu mengenai kos yang perlu dikeluarkan sebelum tempahan alat ganti kereta dibuat. 




“Biasanya, kami akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk menempah alat ganti daripada pembekal, tetapi pada masa kini, alat ganti itu akan mengambil masa sebulan untuk sampai,” katanya sambil menambah bahawa harga akhirnya akan ditanggung oleh pelanggan sendiri.


Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya memilih untuk membeli alat ganti dalam talian untuk mengelakkan daripada ditipu. 


Sumber: The Star

Baca: Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA4064

SELANGOR

BSQ3900

JOHOR

JYX3845

PULAU PINANG

PSC5359

PERAK

APH7131

PAHANG

CFG6121

KEDAH

KGG2315

NEGERI SEMBILAN

NEK4981

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8601N

Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-12-2022
Global

27-12-2022
Berita Auto

13-12-2022
Berita Auto

01-12-2022
Berita Auto

15-11-2022
Berita Auto

11-11-2022
Berita Auto

09-09-2021
Berita Auto

24-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.