Honda Jazz/Fit 2023 Facelift Dipertontonkan Di Jepun

Kurang tiga tahun selepas penampilan pertamanya di Pameran Motor Tokyo 2019, Honda Jazz (dikenali sebagai Fit di Jepun) generasi keempat kini tampil dengan gaya lebih segar kerana diberikan beberapa pembaharuan untuk pasaran Jepun.
Hatchback Honda Jazz/Fit masih ditawarkan dalam lima varian berbeza iaitu Basic, Home, Luxe, Crosstar dan varian baharu yang menggantikan Ness iaitu RS.
PRESTASI HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT

Jazz/Fit akan dikuasakan oleh sistem e:HEV yang dikatakan telah ditala supaya dapat memberikan output motor dan tahap responsif pemecutan yang lebih baik berbanding keluaran sebelum ini yang dapat mencapai output maksimum 108 hp/253 Nm.
Sementara itu, enjin petrol kitaran Atkinson 1.5L dengan kuasa 97 hp/127 Nm bertindak sebagai penjana bateri yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik kereta. Pada tahap kelajuan tinggi, ia boleh memberikan pemanduan terus melalui klac berkunci.
LUARAN HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT

Dari segi gaya, varian Basic, Home dan Luxe menerima bampar depan baharu. Home pula dihadirkan dengan aksen krom pada bahagian gril untuk membezakannya daripada varian lebih rendah, Basic. Varian Luxe menerima kemasan krom pada panel rocker dan perumah cermin sisi.

Crosstar pula mendapat mesh insert baharu pada bahagian gril yang kelihatan seperti yang terdapat pada HR-V baharu dengan gril bawah yang menggunakan bingkai berwarna. Bergerak ke bahagian tepi, ambang sisi kereta hadir dengan kemasan yang lebih menonjol, kontra berbanding badan kereta yang berwarna hitam. Varian ini juga merupakan satu-satunya yang ditawarkan dalam kemasan dua tona.
RS pula direka khas untuk mereka yang inginkan gaya kereta yang lebih sporty. Varian ini menggunakan bampar depan yang telah direka semula dengan gril bercorak berlian. Ambang sisi kereta direka ‘lebih dalam’ berbanding varian lain. Roda yang digunakan juga tampil lebih agresif. Selain itu, turut terdapat logo RS berwarna merah.
DALAMAN HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT

Bergerak ke bahagian dalam, secara keseluruhannya, tidak banyak perubahan yang dibuat, kereta masih mengekalkan kluster instrumen digital 7 inci dan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 9 inci.
Bagi varian baharu, RS, menggunakan stereng yang dibalut kulit dengan jahitan berwarna kontra, terdapat juga pedal penukar gear untuk mengawal tahap brek regeneratif. Selain itu, turut terdapat pilihan mod pemanduan (Normal, Sport dan Econ).
KESELAMATAN HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT

Bagi pasaran Jepun, kesemua varian dilengkapkan dengan pakej Honda Sensing yang hadir dengan sistem seperti brek kecemasan autonomi (AEB), false start suppression, bantuan kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dengan bantuan kesesakan trafik, pengecaman papan tanda trafik dengan lampu suluh tinggi automatik. Enjin standard tanpa hibrid dan sistem pacuan semua roda turut ditawarkan.

Apa pendapat anda tentang Jazz/Fit yang diberikan nafas baharu ini? Adakah City Hatchback yang ditawarkan di Malaysia adalah lebih baik?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengeluaran Honda Jazz Bakal Dihentikan?
Honda Jazz masih wujud di Malaysia namun pengeluaran jentera ini dikatakan akan dihentikan.
15-10-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge