Nak Tahu Model Kereta Tak Jatuh Harga? Baca Ini
-full_normal.jpg)
Di saat kenaikan harga barang ketika ini, mungkin ramai yang masih berkira-kira untuk membeli kenderaan baharu meskipun kereta yang sedia ada sudah uzur.
Ini termasuk penulis sendiri. Baru-baru ini, penulis mencari kereta terpakai untuk digunakan ke tempat kerja selain menghantar anak ke sekolah.
Maklumlah, kereta yang ada ketika ini sudah semakin uzur namun disebabkan tuntutan kerja, nampaknya saya tidak boleh lari daripada membeli kereta sekurang-kurangnya yang mampu milik.
Hampir seminggu saya membelek-belek beberapa laman web yang menjual kereta terpakai namun ini yang saya jumpa!
Sepanjang mencari kereta yang mampu milik, penulis menemui beberapa harga model kereta yang tidak jatuh harganya walaupun usianya telah menjangkau lebih tiga hingga lima tahun.

Berikut adalah senarai model kereta tidak jatuh harga!
1. Proton Saga
2. Perodua Bezza
3. Perodua Myvi
4. Perodua Axia
Sebut sahaja Saga, mungkin anak-anak kecil juga sudah tahu susuk badan jentera ini. Lagipun, Saga adalah kereta pertama Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1985.
Memandangkan ia sudah berada di pasaran hampir 37 tahun menyebabkan ia menjadi model legend dalam pasaran automotif.
Pada hemat saya, orang Malaysia memang suka Saga. Apa tidaknya, sejak diperkenalkan model ini sering mendapat permintaan tinggi sehingga ke hari ini.
Tetapi kenapa? Ini jawapannya:
Proton Saga

1. Paling penting harganya yang cukup marhaen, boleh didapati serendah RM32K. Ini bererti, pngguna boleh berjimat dengan banyak kerana bayaran bulanan cukup rendah.
2. Harga alat ganti yang murah
3. Memiliki ciri-ciri yang agak moden
4. Ruang dalaman yang luas
5. Ada pelbagai ciri keselamatan
Pendek kata, misi Proton yang mahu setiap rakyat memiliki kereta akhirnya tercapai dengan menawarkan sebuah jentera bernama Saga pada harga yang cukup rendah di sebalik situasi negara ini dimana rakyat terpaksa berhadapan dengan kos kenaikan harga barang.
Selain Saga, Perodua Myvi juga antara model yang cukup laku keras di Malaysia sejak dari awal kemunculannya pada tahun 2005 lagi.
Perodua Myvi
Untuk info, kereta jenis subpadat buatan Malaysia ini sering menerima julukan King of the Highway.
Bagi yang masih tidak tahu kenapa ia digelar King, Myvi terbukti gagah di atas segala jenis permukaan jalan termasuk di udara.
-full_normal.jpg)
Setiap tahun, ada sahaja berita yang keluar mengenai Myvi terbang atas sebab-sebab berlumba, langar, redah banjir, turun tangga, masuk pusat membeli belah dan macam-macam lagi.
Apapun latar belakangnya, namun anda kena tahu bahawa Perodua Myvi merupakan kereta tempatan paling berjaya dalam sejarah Malaysia.
Myvi merupakan kereta yang paling laris terjual dengan lebih 1 juta unit telah terjual setelah 17 tahun berada dalam pasaran.
Di sebalik itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia Perodua hingga mampu menjamin harganya tidak akan jatuh dalam jangka masa panjang?
Mampu Milik
Seperti sedia maklum, sesiapa sahaja mampu memilik Myvi kerana harga yang ditawarkan cukup mampu milik.
Kita sering dikhabarkan Perodua melancarkan Myvi baharu tetapi telah ditambahbaik tetapi yang peliknya, Perodua tetap mengekalkan harga jualan supaya supaya netizen dapat memiliki kereta tanpa berasa terbeban.
Kereta PERODUA berkualiti.
Sebagai pengguna kereta Viva sejak 18 tahun saya cukup tertarik dengan kualitinya.
Sepanjang menggunakan Viva, percaya atau tidak, ia tidak pernah rosak malah masih mampu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Ipoh walaupun keadaan semakin uzur
Ini bukannya beromongan kosong tetapi adalah realiti. Maka, tidak hairanlah jarang kita dengar model-model Perodua kerap berdepan masalah kualiti.
Maka tidak hairanlah, kenapa Perodua Myvi berjaya merangkul sebagai model paling laris di Malaysia?
Ini kerana ia sebenarnya ada nilai terutama di pasaran kereta terpakai.
Kami di Caricarz yang menjalankan jualan kenderaan terpakai turut mengakui bahawa nilai pasaran jualan Myvi masih tinggi.
Percaya atau tidak jika ada mahu menjualnya, ia tetap laku walaupun transmisi manual atau automatik.
Servis yang hebat
Untuk makluman, Perodua cukup komited dalam memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.
Pelbagai langkah diambil bagi memastikan pelanggan terus mengunjungi pusat servis walaupun waranti kenderaan sudah tamat.
Oleh itu, ia mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti.
Perodua Bezza
Kenapa Bezza masih ada nilai harga?
Perodua Bezza merupakan satu lagi produk Perodua yang sangat laku keras di pasaran negara ini dan harganya tidak akan jatuh dengan terlalu ketara.
Apa tidaknya, model ini dikatakan berkualiti dan jarang menimbulkan masalah seperti kerosakan enjin serta lain-lain isu.
-full_normal.jpg)
Selain itu ruang butnya yang besar menyebabkan ia menjadi pilihan bagi individu yang sudah berkeluarga.
Apa yang patut anda tahu ialah ia adalah salah satu model Perodua paling selamat.
Berdasarkan, skor ujian pelanggaran ASEAN NCAP untuk varian Advance ialah 5 bintang sekali gus lebih tinggi dari beberapa jenama import.
Perodua Axia
-2.0-full.jpg)
Selain 3 model kereta, sudah pastinya Perodua Axia turut tergolong dalam kumpulan ini.
Harga baharu Perodua Axia adalah sekitar RM29,000 sehingga RM41,000.
Bagi kenderaan terpakai, Perodua Axia boleh dijual sehingga RM23,000 sehingga RM25,000.
Begitupun di sebalik pencarian kereta terpakai, penulis masih berteka-teki untuk membeli kereta atau tidak.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

