Penuntut UPNM Maut, Vios Terbabas Masuk Laluan Bertentangan

Perodua Kancil remuk
Ajal tidak mengenal usia, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Lama Kiri berhampiran Kampung Padang Ampang, Sabtu lalu.

Harian Metro melaporkan, Muhammad Ali Ihsan Dzulkeflee, 22, maut di tempat kejadian sementara tiga lagi rakan lain yang menuntut di universiti sama berusia antara 22 hingga 26 tahun cedera.
UPNM mengesahkan kejadian tersebut melalui satu perkongsian yang dibuat di laman sosial, Facebook. Butiran mangsa kemalangan:
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, insiden tersebut berlaku di KM46 Jalan Ipoh-Taiping pada jam 11.50 malam apabila sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 41 tahun terbabas masuk ke laluan Peroda Kancil yang dinaiki keempat-empat penuntut UPNM tersebut.

"Toyota Vios melanggar tiang di bahu kiri jalan di hadapan laluan Perodua Kancil sebelum ia berpusing masuk ke tengah jalan, menjadikan Perodua Kancil yang sedang mara di laluannya tidak sempat mengelak lalu merempuh Toyota Vios terbabit.

"Akibat nahas itu, Muhammad Ali Ihsan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi yang menaiki Perodua Kancil serta pemandu Toyota Vios mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, petang ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-fatihah kepada Allahyarham Muhammad Ali Ihsan bin Dzulkflee, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Sumber berita: Harian Metro
Sumber foto: Zamrud Zam
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Lagi Kereta Terbakar, 2 Rentung
Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau, Johor Bahru, pagi tadi.
22-10-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.
20-03-2025
Ramai Kakitangan Awam Bankrap: Mampu Pakai Myvi, Janganlah Pakai Vios - KSN
Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri bukannya kehendak.
09-03-2025
Guru Terselamat, Kereta Dirempuh Kereta Api
Kereta yang dipandu guru itu dikatakan rosak di tengah landasan kereta api.
25-02-2025
Masalah Rumah Tangga, Punca Seorang Lelaki Bakar Kereta Isteri
Polis buru lelaki bakar kereta isteri.
03-02-2025
Kes Langgar Lari: Mujur Tiada Yang Terkorban
Polis telah menahan lima suspek kejadian berkenaan.
31-01-2025
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge