Siapa Ada Saman Tertunggak? Jom Serbu MAHA Sebab Polis Tawar Diskaun Saman
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula esok hingga Ahad ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh PDRM melalui satu hantaran di media sosial Facebook.
Pemberian diskaun diberikan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Difahamkan, pemberian diskaun saman itu hanya diberikan kepada kesalahan-kesalahan terpilih namun tidak dinyatakan dengan lebih lanjut.
Lazimnya, JSPT akan memberi diskaun saman bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak acara. Semua rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak selama ini boleh membayarnya di Laman Tiba 1, MAEPS.
Berdasarkan notis yang tertera di Facebook PDRM, program itu akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Jadi, ambillah peluang dan kesempatan ini membayar saman-saman yang tertunggak.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7674
SELANGOR
BSR5436
JOHOR
JA1279J
PULAU PINANG
PSD7162
PERAK
APJ7664
PAHANG
CFH1435
KEDAH
KGH286
NEGERI SEMBILAN
NEK8940
KOTA KINABALU
SJT413
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat