Teksi Tanpa Pemandu Kini Dibenarkan Di China! Baidu Peroleh Kelulusan Kerajaan
Teksi tanpa pemandu, robotaxi, kini sudah boleh digunakan di dua bandar besar negara China (Foto: Baidu Inc)
Syarikat internet gergasi negara China telah berjaya memperoleh kelulusan untuk menawarkan perkhidmatan robotaxi yang digerakkan tanpa pemandu secara komersial. Teksi tersebut dibenarkan untuk beroperasi di dua bandar besar negara tersebut melalui platform Apollo Go.
Baidu berkata, syarikat diberikan kebenaran menawarkan perkhidmatan tersebut pada waktu siang di bandar Chongqing dan Wuhan masing-masing memiliki populasi yang tinggi iaitu 30 juta dan 11 juta orang.
Bahagian dalam robotaxi (Foto: Baidu Inc)
Lesen yang diberikan oleh agensi kerajaan di Wuhan dan daerah Yongchuan di Chongqing itu mencerminkan pengiktirafan dan kepercayaan pengawal selia terhadap kekuatan teknologi pemanduan autonomi Baidu. Ini juga menandakan titik perubahan yang penting bagi masa depan mobiliti negara China.
Robotaxi (Foto: CNN Business)
Buat masa ini, bandar-bandar lain seperti Beijing, Shanghai dan Shenzhen pula masih memerlukan manusia sebagai operator keselamatan untuk berada di dalam kenderaan.
“Akhirnya kami tiba pada saat yang telah lama dinanti-nantikan industri,” ujar Naib Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Keselamatan, Wei Dong, dalam satu kenyataan pada hari Isnin.
Permit operasi yang diterima membenarkan teksi tanpa pemandu tersebut beroperasi dari jam 9 pagi ke 5 petang di Wuhan dan dari 9.30 pagi ke 4.30 petang di Chongqing.
Apollo RT6 (Foto: Baidu Inc)
Bulan lepas, Baidu mendedahkan rekaan robotaxi elektrik generasi keenam, EV Apollo RT6 yang dihasilkan dengan gabungan rekaan SUV dan van mini, lengkap dengan stereng yang boleh ditanggalkan. Syarikat akan menguji model tersebut mulai tahun depan.
Mengenai perancangan masa depan, Baidu mengumumkan ingin memperluas perkhidmatannya kepada 65 bandar menjelang 2025 dan 100 bandar menjelang tahun 2030. Menjelang penghujung tahun ini, Baidu menyasarkan untuk menyediakan 300 unit robotaxi.
Sumber: Tech Crunch, Bloomberg
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Apple Hasilkan Kereta Tanpa Tingkap, Penumpang Guna VR? Ini Perinciannya...
Sejak tahun 2014, syarikat Apple telah memulakan usaha untuk membangunkan kenderaan sendiri, ini perkembangan terkini mereka.
23-05-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge